Petang kelmarin sekitar pukul 2 petang aku terima satu email yang menyuruh aku ke pejabat sumber manusia.
Mmmmmm aku musykil jugak. Apa halnya? Pastu member aku call.
"Oii pah, ko dapat tak email tu?"
"Email apa?" aku masih kepeningan
"Email yg suh ko naik ke HR tu la, ishhhh ko ni"
"Ooooo. ada ada. apa kena mengena dengan ko plak?" aku tanya.
"Oi kan nama aku pun ada dalam list penerima email tu. ko tak tengok ke sapa lagi yang dipanggil?"
Ha'ah....baru aku perasan yang bukan aku sorang je yang dipangge mengadap.
"Apa kes pangge ramai-ramai ni?" Cuak gak aku.
"Jom la. Mesti berita baik ni. Cepat aku tunggu ko" kawan aku dengan nada ceria mengajak aku.
Aku pun apa lagi dengan langkah berlari la ke HR.
Sampai je HR orang HR terus senyum-senyum kambing.
"Meh sini amik surat ni. Tu la orang suh keje betul-betul ko main-main. Kan dah dapat surat cinta"
Aiyarkkk!! Betul ke ni?
Bila aku bukak surat tu aku rasa terkejut. TAWARAN KENAIKAN PANGKAT KE PENOLONG PENGURUS!!!!!
Arghhhh! Alhamdulillah. Syukur. Aku tatau nak cakap apa. Aku simpan balik surat tu dalam sampul.
Kendian Head HR jerit dari dalam bilik dia "Oii pah ko tak tengok ke kemana ko kena pegi?"
Aik!!!??? Aku bukak balik surat tu. REPORTING TO HEAD OF SHAH ALAM BRANCH!!!!
Allahu Akhbar! Double joy beb! Aku memang nak sangat balik Shah Alam. Yahooo! Aku melompat-lompat dalam HR tu tanpa memperdulikan lagi orang keliling.
Aku memang suka sangat-sangat. My prayers has been answered. Aku tatau nak cakap apa. Aku SMS abah, mak dan suami tersayang.
Abah terus ajak open table. Hhehehehhe boleh apa ada hal!
Tapi bila aku maklumkan pada staff aku, derang semua sedih. Bukan sedih sebab kenaikan pangkat aku. Tapi sedih sebab aku kena transfer. Aku serba salah pulak. Bukan aku tak suka duduk HQ, cuma jarak tu yang memenatkan. Kesian anak-anak aku pukul 5.30 pagi dah bangun. 6.30 dah kuar umah.
Kalau aku keje di Shah Alam bolehlah anak-anak bangun lambat sket. Maaflah wahai anak-anak buahku. Bukan aku tak cinta. Tapi inilah peluang untuk aku mempunyai lebih banyak masa dengan anak-anak aku yang masih kecil dan memerlukan perhatian.
Kita pun tatau apa akan terjadi selepas ni. Satu hari nanti giliran masing-masing akan sampai jua.
mmmmmmmmmmmmmm sabo je la
Tahniah buat diriku sendiri...hehehehhehehe
Thursday, May 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 comments:
Post a Comment