Friday, April 2, 2010

Buat salah tak buat salah...

Dalam seminggu dua ni, memang la tahap kesibukan aku di opis tu ada lain macam sket. adoiiii sampai nak update blog pun tak sempat. Ni pun mencuri masa di kala rehat panjang (ari jumaat kan rehat panjang). Orang lain kuar shopping aku...online aje...lagi pun aku tak tahan panas...hehehhehe

Al-kisahnya, dalam kesibukan aku tu, ada la sorang kawan aku dilanda krisis rumahtangga...ishhhh aku malas betul la nak masuk campur...tak nak pun. 

Tapi itulah, kalau kita tak tolong kita akan jadi sahabat yang tak baik...tolong karang orang plak cop kita ni penyibuk, bz body...nak jaga tepi kain orang...ishhhhhh

Sudahnya aku layan dengar aje citer kawan aku tu sambil memberi nasihat secara saintifik...uh!!! maksud aku bagi nasihat berlandaskan fakta, hukum hakam laaaa....bukan suh dia pi cari bomoh atau kasi laki dia makan nasi kangkang...aiyaaaaaa

Tapi dalam pada tu aku pun terpikir sendiri, kenapa manusia tak pernah merasa cukup dengan apa yang dia ada? Kenapa kita selalu mahu lebih? mmmmmmmm aku rasa kalau manusia takde naluri tu then dunia takkan berkembang seperti sekarang. Mungkin aku pun tak wujud  dalam dunia ni...tapi pada masa sama naluri itu jugalah yang menjahanamkan manusia dan dunia ni.

Kesian kawan aku tuh. dah macam2 dia buat untuk membahagiakan keluarga dia. malangnya ada pulak insan ketiga masuk dalam rumahtangga dia. Tolonglah!!!!! Kenapa isu ni cam tak pernah selesai? Cerita macam ni selalu kita dengar. Tak boleh ke kita put a stop to this???? Bosan tau tak. masing-masing sibuk nak menuntut hak masing-masing. Lelaki dengan hak kawin lebih dari satunya (boringgggggggg) yang perempuan dengan hak harta sepencariannya...arghhhhhhhh bosan bosan bosan....

Apa yang aku nak katakan ialah...tolonglah kita semua ubah cara kita berfikir. Apakah dengan wujud insan ketiga itu akan boleh membahagiakan semua orang sedangkan kita teramat sedar dan tahu bahawasanya kita tak mampu dan tak boleh nak bahagiakan semua orang????? Bukankah lebih baik kita bahagiakan yang sedikit dari kita melukakan yang ramai?????

Please....please please...kamu jangan nakal.....


Related Posts with Thumbnails