Aku bertolak dari Shah Alam ke Pulau Pinang tepat jam 8 malam. Adik aku, Udin yang drive. Gangster Cap Lada ada family day di Pulau Perhentian. Sejak peristiwa di Kemensah Heights tempoh hari aku jadi fobia plak nak pi family day dengan dia.
Aku sampai Penang lebih kurang jam 11.15 malam. Berenti sekali di Rawang dan Simpang Pulai. Sampai umah je aku terus letak kepala. Hajat hati nak beradu, tapi Mukhliez yang dah lelap sekian lama dalam keta tetiba cergas la plak. Aduhhhhhh
Jenuh aku memujuk dia untuk tido.
"Tidola sayang ye...mama ngantuk ni" Jam dah menunjukkan pukul 12. Alahhhhhh Letihnya. Mukhliez main langsir plak. Mata dia membulat! Tapi tak nangis la. Lastnya aku lelap dulu. Sedang dok melayan ngantuk Mukhliez nangis. Tapi sbb ngantuk la. Aku tepuk-tepuk dia pun tido. Alhamdulillah. Dia dah tak meraung lagi. Tapi sepanjang malam dia dok terbangun 2 3 kali. Jam 5 pagi dia jaga. Membuang isi perut! Alahh
Aku baru nak lelap kakak-kakak dia plak bangun....mmmmmm camnilah jadi ibu. Lastnya aku bangun mandi bawak derang turun bawah layan Astro. Aku mandikan Mukhliez. Mak aku plak masak nasi lemak. Perghhhh!!! Sedap siotttttt...
Kendian aku tanya mak aku "Jom aaar pi umah Pak Aji Sahaq."
Mak aku dengan selamba menjawab "Mana ada Pak Aji hang, dia pi Kelantan pagi tadi"
Aduhhhhh!!!!! Aku balik ni ingat nak berubatkan Mukhliez sekali. Alahhhhhhhhhh kecewanya aku....
Saturday, March 13, 2010
Thursday, March 11, 2010
Zali The Great Menjampi di Tengah Malam
Masuk malam semalam dah 3 malam berturut-turut aku tak dapat tido. Mukhliez dok menangis je setiap jam. Malam tadi dia tido awal. Kol 8.30 dah tido.
Aku pun dengan pantas menyiapkan semua tugasan yang patut dibuat dan sepantas kilat aku masuk tido. Tak sempat aku nak lelap mata, Mukhliez tetiba menangis. Aku kasi dia puting kosong tapi dia tak nak. Meraung bagai dicubit-cubit. Temperature aku terus naik time tu. Aku jerit Kat Mukhliez "Kenapa ni???!!!"
Maka bertambah kuatlah dia menangis. Aku tak tahan lagi. Aku tahu ada menda yang mengganggu anak aku. Aku bawak keluar ke ruang tamu. Kasi dia minum gripe water & ubat batuk. Bertambah kuat dia nangis. Aku pujuk-pujuk dukung keliling umah. Then dia diam. Aku usung balik masuk dalam bilik
Baringkan dia atas katil dan aku duduk bersila menghadap anak aku. Aku baca Al-Fatihah, 3 Qul dan Surah Kursi. Aku pun cakap"Tolong jangan kacau anak aku. Aku tak kacau ko. Tolong jangan kacau aku dan anak-anak aku."
Tak sampai 5 minit Mukhliez tertido. Aku pun baring dengan bayang-bayang pompuan rambut panjang dalam kepala aku. Ishhhhh.....perasaan aku je tu...aku berbisik pada diri aku sendiri.
Aku capai handphone.
"Salam. Abah dah tidoq ka?"
"Belum. Awat?"
"Orang nak balik penang la jumaat ni. Nak berubat kan Mukhliez. Dia dok meracau ja 3 malam ni."
"Elok la hang balik. Kita pi jumpa pak aji Sahaq. Nanti abah suh adik pi amik hang"
"Okeh"
Aku letak handphone. Baca lebih kurang aku pun bercakap"tolong jangan kacau anak aku. Aku tak kacau ko. kenapa ko kacau aku." Aku lelapkan mata.
Bangun pagi perut aku kembung. Tak pernah pulak camni. Mmmmm. Aku tau ada menda yang dok ganggu.
Memang kena berubat la jawabnya. Tak boleh dibiarkan. Kesian anak aku. Kesian kat aku jugak...
Penang here we comes...
Wednesday, March 10, 2010
Zali The Great Jadi Zombie
Beberapa hari ni anak teruna aku seorang tu tak sihat. Demam, batuk dan selsema. Memang tengah musim sekarang ni budak-budak dan orang tua juga tidak ditinggalkan demam batuk dan selsema. Aku pun baru je nak kebah-kebah manja ni..
Kesian anak teruna aku tuh, udahlah memalam dia tak boleh tido sebab serombongnya sumbat, batuk plak lagi. Aku ni plak bangsa payah nak tido. Bila dah tido kalau terjaga pakai tak tido sampai ke pagi la jawabnya, Mukhliez terjaga every single hour. Jenuh aku nak tidokan dia balik. Mengiring, meniarap, tido dalam buai, aduhhhhh naik pening aku dibuatnya. Dia ngantuk nak tido tapi hidung sumbat tu yg dia mengamuk tu.
Sudahnya sampai kol 4 pagi la aku tak tido sbb tak sempat nak tido Mukhliez terjaga lagi. Aku dah rasa pening-pening lalat nak muntah. Aku kol 5 pagi dah bangun menyediakan semua keperluan anak-anak dan diri sendiri jugakla. Aku bukan ada bibik. Akulah bibik. hahahahhaha
Sudahnya aku dapatla lelap jap kol 4 pagi tu. Sedang lena diulit intan tu aku terdengar sayup-sayup lagu "keindahan pelangi adalah keindahan wajahmu sayang..." ishhhhhh sapa plak pasang radio kuat sangat ni. Gua baru nak tangkap lentok nih...ishhhhh....aku bukak mata ghupenya alarm handphone gua bunyik daaaaa dah kol 5
Aku rasa cam baru seminit je aku lelap dah kol 5. Aku takleh nak tahan lagi dah. Aku terpaksa la amik RL (Emergency Leave) arini. Aku rasa nak rebah je bila bangun kol 6 tadi. Lepas anta anak pegi sekolah aku telan ubat selsema (nak kasi tido...aku kan payah tido) dan nak tidola kononnya. Baru nak layan layan handphone berdering. Adik aku tipon. Hangin je aku...lastnya mata aku dah takleh nak pejam.
Tu yang layan blog jap sambil pujuk-pujuk mata suh tido balik. Tido la tido la...ni dah makan ubat ni. Kalau tak makan pakai jadi Pontianak Harum Siang dan Malam la jawabnya. Alamak!!!! Aku terperasan satu menda! Baju sekolah agama Mira aku lupa nak hantar nursery. Aisey!!!
Key geng, gua kena gerak, karang tak pi sekolah plak anak aku. Tu la jadik zombie lagi. Hilang ingatan aku dibuatnya. Lepas anta baju aku nak pi cuci keta jap. Dah macam kandang kambing dah keta aku tu...Ishhhh
Tuesday, March 9, 2010
Zali The Great Emo
Ntah kenapa sejak aku dipertanggungjawabkan untuk menggalas tanggungjawab ini di atas batu jemala aku...aku jadi sibuk tahap gaban!
Tapi tanggungjawab je dapat, imbuhannnya...mmmmm macam menanti buah yang tak gugur. Ramai orang kata, sabarlah..nanti ada la tu. Orang cakap senangla. Aku yang menanggung ni camana. Memang kekadang rasa frust sbb sudahlah kerjanya berat, imbuhan apa pun takde. Kena bembat plak lagi kiri kanan atas bawah. Adoiyaiii
Bukanlah nak berkira pasal kerja. Tapi agak-agakla...
Kat rumah dah lah sibuk sebagai Menteri Dalam Negeri merangkap Menteri Kewangan, Menteri Kebajikan, Menteri Pelajaran, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Perbendaharaan, dan jugak sebagai Polis Diraja Malaysia. Ingat senang ke jadi pekerja, ibu, isteri dan anak dalam satu masa?
Lelaki senangla. Walaupun dah kahwin zaman bujang tak pernah ditinggalkan. Masih lagi kuar sampai tengah malam minum minam bersama kengkawan (ada jugak yang miang tak sedar diri pi berdating dgn betina) sedangkan waktu tu isteri kat umah kelam kabut sorang2 menguruskan semua urusan rumahtangga. Mmmm
memang nasib orang pompuan camtu lah. Sering dipermainkan!!!
Wah emo la plak aku dipagi hari ni. Tapi itulah realiti kehidupan. Semuanya aku kena hadapi dengan tabah. Kalau tak berfikir mau gila aku gamaknya. Kekadang memang rasa nak give up sebab tak tahan dengan tekanan yang mendatang. Bila datang angin kus kus aku tu, biasanya aku akan membawak diri duduk di satu corner dan tenangkan diri. Aku akan layan je perasaan aku waktu tu.
Tak kirala perasaan marah ke, benci ke, sedih ke, memang aku layan je dulu. Bila dah rasa puas, aku akan fikir balik semua perasaan-perasaan itu dan kaji berbaloikah untuk aku? Ada kalanya berbaloi tapi selalunya tak lah. hahahhahahahaha maklumlah pompuan kan mmg emo sket. So memang selalunya tak rasional la perasaan-perasaan aku tu.
Aku take posivitive aje apa yang berlaku. Walaupun sukar sebenarnya, pada aku, Allah lebih mengetahui. Mesti ada hikmah disebalik sesuatu. Ada kalanya kita tak suka pada sesuatu sedangkan ia adalah yang terbaik untuk kita.
Harapan aku cuma satu...aku berjaya dalam apa juga bidang yang aku ceburi. Baik sebagai pekerja, isteri, ibu dan anak. Insyallah. Usaha tangga kejayaan.
Subscribe to:
Comments (Atom)




