Saturday, April 17, 2010

Aku Trauma!

Khamis kol 3.30 petang aku dapat sms dari pengasuh anak aku yang berunyi "Salam. Mukhliez demam."
Aku balas "Panas sangat ke? ada ubat tak. Tolong bagi dulu sementara saya nak balik". Pengasuh anak aku jawab "ok".

Aku dengan pantas isi borang balik awal dan terus membelah laluan ke arah Shah Alam. Sampai di umah pengasuh aku dukung Mukhliez dan rasa badan dia memang panas. Aku bersembang-sembang kosong sementara menunggu pengasuh anak aku keluarkan beg baju anak.

Tak semena-mena badan Mukhliez menggigil kuat, mata dia tetiba membeliak ke atas, mulut dia cam nak terkancing. Aku cemas! Pengasuh aku terus sambar anak aku bawak masuk bilik air dan disiram dengan air sejuk. Abis dgn aku sekali basah.

Aku panik! Tambah2 tengok muka Muhkliez dah mula kebiruan. Allahu Akbar! Aku menangis tak terkawal. Pengasuh aku terus ajak aku ke klinik berdekatan. Aku bawak kereta dengan laju sambil menangis cam orang gila. Semua kereta yang ada depan aku habis kena horn. Lantak korangla!

Then aku pusing tgk anak aku kat seat belakang dah mula keluarkan air liur dan bibir dia biru. Aku terus nangis dan makin kuat tekan minyak! Sampai klinik aku belasah je parking sesuka hati aku dan terus terpa ke dalam klinik. Masa masuk klinik tu Muhliez dah sedar sket. Dia mula menangis. Maka menangislah kami dua beranak kat situ.

Tak lama suami aku sampai. Doctor kata kena pi hospital. Lepas hantar pengasuh anak aku balik aku & suami terus ke hospital besar sg buloh. Mukhliez admitted. Kesian dia kena cucuk amik darah & pasang drip kat tangan yang gebu tu. Aku mula la nak sebak je tgk.

Malam tu demam dia tinggi. 39.5. Dalam kol 5 pagi nurse yang cantik molek datang kasi ubat masuk ikut bontot. Pagi Jumaat tu demam Mukhliez reda. Mujurlah takde apa-apa yang serius. Mukhliez kena sawan tarik tu sebab panas sangat badan dia. Huhuhuhu...aku memang tak pernah alami menda2 camni. Memang trauma aku dibuatnya. Mukhliez discharge petang Jumaat 16/4/2010.

Aku rasa cam tak nak lepaskan Muhkliez walau satu saat pun dari pandangan dan pelukan aku. Dialah satu-satunya anak teruna aku...


Mulalah aku rasa sayu je nak tinggalkan dia hari Isnin nanti...

Related Posts with Thumbnails