Baru lepas layan ulangan Maharaja Lawak minggu ke 11. Fuhhh mmg layan lahhhhhh... GO JOZAN GO JOZAN...[gua mmg peminat tegar JOZAN].
Memang power la lawak derang minggu ni. Zamri Rocker!!! Wa caya sama lu!!! Masa second round dengan props pun derang meletops gitewwwww!!!!!
YEAHHHHHHHHH!!!!! I LOVE JOZAN!!!
Tapi bukan itu isu yang aku nak ceritakan. Takdela ISU SANGAT tapi ia agak peribadi buat aku [macam Adlin Aman Ramli la plak].
Korang pernah tak tersalah perancangan atau tersalah jumpa orang yang akhirnya membawa kepada tersalah perancangan???? Heehhehe aku pernah tempuh kedua-duanya... dan aku tak bangga dengan pencapaian tu. Ia adalah titik hitam dalam hidup aku. Tak pernah menyangka yang aku akan terbenam sebegini dalam.
Ceritanya bermula sekitar penghujung tahun 2006. Aku bertemu dengan seorang perempuan, cukup ku namakan sebagai MPL [Minah Perasan Lawa]. Asal pertemuan adalah atas urusan kerja semata-mata.
Setelah beberapa purnama berkenalan, MPL mula memujuk aku untuk menyertai dia sebagai usahawan. Tak payahlah aku ceritakan apakah bentuk perniagaannya sebab aku rasa ia tak penting. Dia menunjukkan cek-cek bernilai belasan ribu ringgit yang diterima hasil perniagaan yang dilakukannya. Aku pun teruja la apalagi [atau boleh dikategorikan sebagai gelap mata barangkali???].
Untuk memburukkan lagi keadaan, aku telah mengheret ahli keluarga aku dalam "the so called business". Disingkatkan cerita, setelah begitu banyak RM dilaburkan, barulah aku tersedar yang sebenarnya perniagaan itu tidak berkembang pun. Dan si MPL hanya mahukan RM sahaja. Dia bukanlah sejujurnya mahu menolong aku menjadi usahawan. Aku bukan setakat kerugian RM malahan aku juga hampir kehilangan pekerjaan aku. Memang giler!!!
Aku sangat kesal! Sampai sekarang kekesalan itu tidak pernah hilang dari hati. Yang paling aku kesalkan adalah kerana aku telah mengheret ahli keluarga dan menyebabkan kerugian. Mujurlah aku tidak dibuang oleh ahli keluarga aku. Aku bersyukur kerana ahli keluarga masih mahu menyokong aku [tapi aku kena tiaw kaw kaw punyala kan...]. Mak bapak aku la yang paling kuat menyokong aku. Memberikan aku semangat untuk teruskan perjuangan dalam hidup ini. Mak aku sampai sekarang kalau ada peluang mesti ungkit pasal ni. Hehhehe
MPL sekarang hilang entah ke mana. Ada jugak aku terjumpa akaun fesbuk dia. Ada jugak kengkawan yang pernah nampak dia datang bertandang di syarikat tempat aku bekerja. Dasar muka tak malu. Kononnya kini dia tampil dengan imej bertudung!!!! So????
Aku tak pernah hubungi atau terserempak dengan dia lagi sekarang ni. Aku tak mahu ambil kisah. Ada bisikan di hati yang menyuruh aku maafkan MPL. Ada kalanya aku rasa aku dah maafkan dia, ada kalanya aku rasa tak pulak. Hmmmmmm... entahlah. Wajarkah aku memaafkan dia? Wajarkah pula kiranya aku tidak memaafkan dia? Pernah juga seorang teman tanyakan satu soklan yang menyebabkan aku terkedu.. "Pah, kalau hang jumpa dia apa yang nak buat???"
Apa yang aku patut buat?????
Aku berharap kawan-kawan yang terbaca kisah aku ni, jadilah ia sebagai pengajaran. Jangan mudah percaya pada orang terutamanya yang bermulut manis. Jangan mudah gelap mata dengan pertunjukkan hebat sesorang. Apa jua perniagaan atau pekerjaan yang kita nak buat perlu buat research sendiri dan jalankannya sendiri. Jangan biarkan orang lain menjalankan perniagaan atau pekerjaan kita tanpa kita ketahui perjalanannya. Penipuan datang dalam pelbagai bentuk. Apa yang terpenting, dalam apa juga yang kita lakukan, jangan sesekali membelakangkan Allah. Bersujudlah, bersujudlah, bersujudlah...
Monday, June 13, 2011
Subscribe to:
Comments (Atom)










