Saturday, February 20, 2010

Zali The Great Kepeningan

Dah masuk 3 hari aku demam. Apa yang tak kenanya pun tatau la.

Dah macam-macam ubat aku telan. Macam tak jalan je. Abah pesan "Hang minum ayaq masak bagi banyak. Badan panaih tuh. tu yang demam takmau kebah"

Mmg peel aku la bila demam mesti contact abah. Hhehehe. Mmg anak manja abah dari kecik lagi. Mak aku cerita masa aku baby dulu aku kuat menangis. "Hang dulu sawan tangis tau dak. Naik patah pinggang aku dulu dok dukung hang". Huhuhuhu kesian mak aku. Bila aku ada anak sendiri, aku paham perasaan mak aku.

Abah cerita untuk hilangkan sawan aku tu...ada la satu hamba Allah tu bagi petua supaya mandikan aku di celah kangkang abah...hahahahahhahaha....so masa tu abah bertugas di Balai Polis Kampar (tahun 1973) dan umah tu adalah tangga batu warna merah. Kat situlah aku dimandikan oleh abah. hehehehheheh Kuasa Allah Taala, mmg hilang sawan aku tu sampaila sekarang...nasib baik takde antara anak2 aku yang kena.

Cumanya sekarang aku dan suami ada penyakit lain plak. Penyakit kuat makan. hahahahahha...berat badan aku naik takmo turun-turun especially sejak melahirkan Muhammad Mukhliez Mikhael, 6 bulan lepas. Aku pun cubalah dapatkan perkhidmatan satu salon yg tawarkan perkhidmatan weight Management ni. hhheheh jahanam duit aku. ada ke dia nak charge aku sampai RM10,000!!!!!! 

Mampos aku!!!!!! Lastnya aku pun terpaksalah amik pakej yang termurah sekali iaitu RM2,000 utk 5 sesi. Mmglah tak ble nak turun mengkala dah murah dan cuma 5 sesi je. hahahhahahaha 

Moral of story is that, kalau nak kurus tak payahlah  nak pi salon2 ni semua. serik aku. Jaga je pemakanan, bersenam dan amik supplement (vitamin, mineral, bla2). Unless korang mmg ada banyak duit tatau nak buat apa dah dengan duit tu. Tapi kalau betul ada duit lebih baik disedekahkan aje pada mereka yang memerlukan. Kita pun dapat pahala, rezeki jadi berkat dan mereka yang memerlukan dapat dibantu.

Bagi yang berminat nak turunkan berat badan atau just nak supplement untuk maintain berat yang ideal, boleh KLIK SINI.






Thursday, February 18, 2010

Zali The Great On MC

Adoiiii sakitnya kepala...

Dah masuk 2 hari aku demam. Bulan ni aje dah 3 kali demam. Mak aiiii. Rekod tuh!!!
Ntah kenapa asyik demam aje. 

Mak aku cakap aku kurang minum air masak. Yela mak. Memang pun kurang minum. Hhehehe
Aku lebih suka minum teh tarik, nescafe tarik, Old Town White Coffee...mmmmmm semuanya minuman yang manis-manis...al-maklumla aku mmg manis orangnya...see the leg la kawan


Tapi esok aku kena gak sihat, kena gak masuk opis. Keje banyak siottttt. Nanti customer marah. Berdesing telinga aku nanti. Customer always right kan....


Pagi tadi anak aku si Amira Afrina tu tgk aku demam, dia pun tanya "Mama demam ye? Mama pegi keje tak?"


Aku jawab "mama nak pi keje la ni" menipu la apalagi kan. "oooo, mama kalau mira demam boleh tak mira duduk umah aje? Mira rasa cam demam laaa"


Iskhhhhhh!!!! Aku rasa dahi dia "Tak panas pun. Mira tak demam la"


"Ni mira selsema & batuk." kata mira sambil menunjukkan hingus di atas tapak tangan dia & tetiba je dia batuk2 kecil...


Cis Cis Cis....ni semua akai tak mo pi sekolah la ni ye...


"Alah mira selsema & batuk sket aje. Nanti mama kasi mira makan ubat ye" Aku pujuk. Masih cuba berdiplomasi.



Then mira jawab"kalau kena makan ubat kenala duduk kat umah sbb kalau makan ubat nanti mengantuk. camana mira nak belajar"

Aduhhhhh susah betul bercakap dengan anak lawyer ni...arghhh tensen aku di pagi hari tau.


At last abah dia jugak yang kena pujuk sbb abah dia yang dok hantar dia pi sekolah setiap pagi... heheheheehe



 

Sunday, February 14, 2010

Zali The Great bercuti




Selamat tahun baru Cina kepada semua...

Aku pun amik kesempatan balik kampung. hehehe bukan nak merayakan Tahun Baru Cina. tapi nak melawat mak abah di Pulau Pinang. Rindu tauuuu

Dah lama tak melawat mereka. Mak aku pun bukannya sihat sangat. bolehla takat nak berkebun ringan-ringan tu. Sekadar mengerjakan orkid. eloklak jugak. Buat senaman. Nak wat senaman yang berat-berat dah tak larat.

Mmmmmm, anak-anak aku merungut cepat sangat cuti. ada ke nak cuti sampai 100 hari...

Jenuhlah aku memujuk derang. dalam perjalanan balik shah alam singgah ipoh umah mertua. Anak-anak happy la apa lagi. Lama dah tak jumpa opah derang. Opahnya pun apalagi.... takdela nak tanya kabar kita org..terus serbu cucu-cucunya... mmmmm kasi can laaaa

Bila sampai masa nak balik ke shah alam, sekali lagi anak-anak buat peel. "Kenapa cepat sangat mama?" tanya si kakak, Nur Amira Afrina, 7 tahun. Alahhhh apa aku nak jawab nih????

"Kan cuti dah abis sayang, mama kena kerja, mira & hannah kena sekolah..." Aku memujuk.

"Alah....mama tau tak cikgu che esah tu suka sangat cubit mira...mira tak nak pegi sekolah!!!!" membentak-bentak dia...Huh!!!!! Cikgu Che Esah ni pun....mentang-mentangla badan anak aku tu montel, sesuka dia je nak mencubit yeaaaaa....

"Ye ke? Nanti mama babab cikgu che esah tu ye sayang. Nape dia suka cubit mira?" Aku tanya.

Dengan muka tak bersalah dan penuh keyakinan Mira jawab "Alah.....Mira tak buat keje sekolah jeee...."

Cis cis cis cis....

Memang la ko mira. Nasib baik mama tak hentak cikgu che esah tuh....
Related Posts with Thumbnails