Saturday, February 20, 2010

Zali The Great Kepeningan

Dah masuk 3 hari aku demam. Apa yang tak kenanya pun tatau la.

Dah macam-macam ubat aku telan. Macam tak jalan je. Abah pesan "Hang minum ayaq masak bagi banyak. Badan panaih tuh. tu yang demam takmau kebah"

Mmg peel aku la bila demam mesti contact abah. Hhehehe. Mmg anak manja abah dari kecik lagi. Mak aku cerita masa aku baby dulu aku kuat menangis. "Hang dulu sawan tangis tau dak. Naik patah pinggang aku dulu dok dukung hang". Huhuhuhu kesian mak aku. Bila aku ada anak sendiri, aku paham perasaan mak aku.

Abah cerita untuk hilangkan sawan aku tu...ada la satu hamba Allah tu bagi petua supaya mandikan aku di celah kangkang abah...hahahahahhahaha....so masa tu abah bertugas di Balai Polis Kampar (tahun 1973) dan umah tu adalah tangga batu warna merah. Kat situlah aku dimandikan oleh abah. hehehehheheh Kuasa Allah Taala, mmg hilang sawan aku tu sampaila sekarang...nasib baik takde antara anak2 aku yang kena.

Cumanya sekarang aku dan suami ada penyakit lain plak. Penyakit kuat makan. hahahahahha...berat badan aku naik takmo turun-turun especially sejak melahirkan Muhammad Mukhliez Mikhael, 6 bulan lepas. Aku pun cubalah dapatkan perkhidmatan satu salon yg tawarkan perkhidmatan weight Management ni. hhheheh jahanam duit aku. ada ke dia nak charge aku sampai RM10,000!!!!!! 

Mampos aku!!!!!! Lastnya aku pun terpaksalah amik pakej yang termurah sekali iaitu RM2,000 utk 5 sesi. Mmglah tak ble nak turun mengkala dah murah dan cuma 5 sesi je. hahahhahahaha 

Moral of story is that, kalau nak kurus tak payahlah  nak pi salon2 ni semua. serik aku. Jaga je pemakanan, bersenam dan amik supplement (vitamin, mineral, bla2). Unless korang mmg ada banyak duit tatau nak buat apa dah dengan duit tu. Tapi kalau betul ada duit lebih baik disedekahkan aje pada mereka yang memerlukan. Kita pun dapat pahala, rezeki jadi berkat dan mereka yang memerlukan dapat dibantu.

Bagi yang berminat nak turunkan berat badan atau just nak supplement untuk maintain berat yang ideal, boleh KLIK SINI.






0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails