Cadangnya sempena cuti sekolah ni aku nak lah cuti. tapi cuti kena beku la plak. Hampeh tol, semuanya sebab ada internal audit.
Aduhhhhh!!!! Cubalah kowang cari masa lain takleh ke. Gua dah berangan-angan nak cuti dgn anak-anak alih-alih kena beku la plak. semua orang merungut kat opis gua. Apa nak buat la kan.
Sekali-sekala aku ada terpikir gak nak cari je keje lain. Keje sendiri ke, wat biz ke, asalkan kejenya tak terikat cam sekarang. Ada jugak aku cuba-cuba wat biz MLM. Tapi belum berjaya lagi la. Bukannya sbb biz tu tak bagus. Aku tak leh nak fokus sbb keje kat opis tu pun berlambak2 tak cukup tangan nak wat.
Bila sabtu ahad aje dah melekat dengan anak-anak kat umah atau bawak derang pi melihat keindahan ciptaan Tuhan. Karang tak dibawak berjalan, tepu plak otak derang. Budak-budak zaman sekarang kalau nak ke mana-mana hatta ke padang permainan pun kena berteman. Kalau tak, pakai hilanglah budak tuh.
Aku ingat lagi masa aku kecik-kecik dulu takde pun kes-kes culik ni. Kalau ada pun hanya melibatkan anak-anak orang kaya je. Tapi yelah since bapak aku kan polis dan aku pun tinggal dalam berek polis yang dipenuhi polis semata-mata so aku rasa tahap keselamatan aku memang tahap DEWA la kan...hehehheheeh
Sekarang aku hidup sendiri tanpa jagaan polis lagi dah. So kenalah amik langkah proaktif. Memang aku kekadang rasa aku over protected. Tapi rasanya itu adalah lebih baik daripada aku biarkan alam mengambilalih tugas aku...Ishhhhhh....aku sayang anak-anak aku lebih dari segala-galanya. Walau susah macamana pun aku tetap tegar melayan karenah derang dan akan sentiasa memastikan keselamatan mereka diutamakan sebagaimana mak dan abah aku dulu menjaga aku...
Buah hati pengarang jantung aku....
Saturday, March 20, 2010
Thursday, March 18, 2010
Nak Pesan Sikit
Lately kita tengok banyak sangat kes-kes jenayah yang berlaku. Banyak faktor yang menyumbang ke arah meningkatnya kes-kes jenayah tersebut.
Ni nak kongsi la sket pesanan dari PDRM untuk manfaat kita semua. Berhati-hati dengan orang yang kita tak kenal...
Peringatan dari PDRM
Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis Raja Malaysia .
1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).
4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).
6. Bawa kunci kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik alarm untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).
7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).
9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.
10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat
panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.
12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.
14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).
17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.
18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.
21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

Sumber: Bukit Aman PDRM
Monday, March 15, 2010
Zali The Great Tak Ada Mood
Bila aku tengok jadual keje aku yang padat minggu ni rasa nak menjerit pun ada.
Adoiyaiiiii...kenapala padat sangat!!!! Tension aku ni hah!
Dengan internal auditnya, dengan meetingnya, dengan nak attend court lagi...aiyaaaakkk. Kalau ku pikir-pikir mau aku berenti kerja. Tapi aku anggap menda-menda tu semua sebagai satu cabaran buat aku. Kalau aku buat sampai berjaya maka bertambahlah pengalaman aku.
Itu yang penting. So, memandangkan aku tengah kepeningan dan takde mood arini maka aku nak berehat dan tenangkan fikiran bagi berhadapan dengan hari esok.
Adios. See U olls tomorrow!
P/s: Minyak nak naik harga tak lama lagi. Aku pakai RM-Saver ni hah untuk jimatkan minyak kereta aku (petrol laaaa...kowang ni takkan la minyak masak plak).
Bolehlah jimat sket.
Kalau nak try klik kat SINI.
Tak nak try takpe.
Takde paksaan.
Sunday, March 14, 2010
Zali The Great & Anak-anak & Anak2 sedara...
Memandangkan usaha-usaha perubatan tradisional yang aku rancangkan telah gagal, maka PLAN B bermula!
Aku bersekongkol dengan adik perempuan aku bawak anak-anak aku dan anak-anak dia dan anak makcik aku pi mandi kolam kat Bukit Mertajam (org utara pangge BM).
Nin dia hasil dia...
Dari depan Farihin, Maisarah, Hannah, Amira dan Aina...
Heppy sungguh derang nak pi mandi kolam. Sanggup mengikut apa sahaja arahan aku untuk posing ala-ala model baju mandi kanak-kanak gitu.
Masa tengah-tengah siap nak pegi, sekali hujan lebat turun. hehehee... saje je aku usik derang.
"ujan aaaa. camana nak pi ni. Hangpa mandi ujan tu sudahlah"
"mana bole mama. ujan tu airnya sikit aje. Tak bertakung pun" Amira yang pertama bersuara. Mukanya kelat aje.
"Alah sama je mandi ujan tuh. Kan lebat ujannya" Aku membakar lagi perasaan budak-budak tu.
Amira bertambah hangin. "Mama ni!!!! Mira tak nak mandi ujan.Mira nak mandi kolam jugak." Heheheheh
Akhirnya adik aku suh derang posing sementara menunggu hujan reda. Ini lah hasilnya
Dari kiri, Amira, Aina, Maisarah, Farihin dan Hannah
Kendian ujan pun dah renyai-renyai dan kami pun bertolak ke BM. Dalam kereta semua dah tak sabar-sabar dan asyik dok citer pasal kolam. mmmmmmmm
Sampai je kolam derang tak tunggu lama, terus zazzzzzz masuk kolam. Tapi Mira cam hesitate je nak masuk. "Dalam la mama" Aku tengok Maisarah yg kecik tu pun berani masuk.
"Mana ada dalam. Nanti mama suh Mak Kecik teman". Adik aku pun pegang tangan dia dan bawak masuk kolam pelan-pelan. Sempat gak aku snap gambar tu....
Mula-mula takut takut. Jenuh jugak la nak memujuk dia. Badan aje besar.
Hhehehehh
Aku bagi semangat kat dia dan akhirnya dia pun turun ke kolam.
Jenuh jugaklah mak kecik dia tunggu sementara dia nak berani.
Pastu apa lagi siap menyelam la bagai...
Maka aku biarkan aje derang bergembira di petang yang mendung dengan angin kuat...

Hannah menunjukkan lagak ngerinya...
Geng Taman Koskam
Then aku tetiba rasa cam tido aje. hehehhe maklumlah angin bertiup sejuk.
Aku lepak kat bawah khemah yang disediakan dan melayan blues ngantuk aku....
Aku biarkan aje anak-anak aku mandi sepuas hati. bukan senang nak dapat peluang camni.
Mandilah korang sepuasnya ye....
Next time kita pegi lagi....
Subscribe to:
Comments (Atom)