Sunday, March 14, 2010

Zali The Great & Anak-anak & Anak2 sedara...

Memandangkan usaha-usaha perubatan tradisional yang aku rancangkan telah gagal, maka PLAN B bermula!

Aku bersekongkol dengan adik perempuan aku bawak anak-anak aku dan anak-anak dia dan anak makcik aku pi mandi kolam kat Bukit Mertajam (org utara pangge BM).

Nin dia hasil dia...

Dari depan Farihin, Maisarah, Hannah, Amira dan Aina...

Heppy sungguh derang nak pi mandi kolam. Sanggup mengikut apa sahaja arahan aku untuk posing ala-ala model baju mandi kanak-kanak gitu.

Masa tengah-tengah siap nak pegi, sekali hujan lebat turun. hehehee... saje je aku usik derang.

"ujan aaaa. camana nak pi ni. Hangpa mandi ujan tu sudahlah"

"mana bole mama. ujan tu airnya sikit aje. Tak bertakung pun" Amira yang pertama bersuara. Mukanya kelat aje.

"Alah sama je mandi ujan tuh. Kan lebat ujannya" Aku membakar lagi perasaan budak-budak tu.

Amira bertambah hangin. "Mama ni!!!! Mira tak nak mandi ujan.Mira nak mandi kolam jugak." Heheheheh

Akhirnya adik aku suh derang posing sementara menunggu hujan reda. Ini lah hasilnya

Dari kiri, Amira, Aina, Maisarah, Farihin dan Hannah

Kendian ujan pun dah renyai-renyai dan kami pun bertolak ke BM. Dalam kereta semua dah tak sabar-sabar dan asyik dok citer pasal kolam. mmmmmmmm

Sampai je kolam derang tak tunggu lama, terus zazzzzzz masuk kolam. Tapi Mira cam hesitate je nak masuk. "Dalam la mama" Aku tengok Maisarah yg kecik tu pun berani masuk. 

"Mana ada dalam. Nanti mama suh Mak Kecik teman". Adik aku pun pegang tangan dia dan bawak masuk kolam pelan-pelan. Sempat gak aku snap gambar tu....

Mula-mula takut takut. Jenuh jugak la nak memujuk dia. Badan aje besar. 

Hhehehehh

Aku bagi semangat kat dia dan akhirnya dia pun turun ke kolam. 

Jenuh jugaklah mak kecik dia tunggu sementara dia nak berani.

Pastu apa lagi siap menyelam la bagai...




Maka aku biarkan aje derang bergembira di petang yang mendung dengan angin kuat...


Hannah menunjukkan lagak ngerinya...












Geng Taman Koskam

Then aku tetiba rasa cam tido aje. hehehhe maklumlah angin bertiup sejuk. 

Aku lepak kat bawah khemah yang disediakan dan melayan blues ngantuk aku....

Aku biarkan aje anak-anak aku mandi sepuas hati. bukan senang nak dapat peluang camni. 


Mandilah korang sepuasnya ye....
Next time kita pegi lagi....













0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails