Petang kelmarin aku balik keje dan memandu kereta dalam keadaan mengantuk, ntah kenapa lately ni aku rasa letih sangat-sangat. Badan ni rasa sengal aje. Lepas amik anak-anak kat nursery aku singgah ke pasar malam jap beli dinner. Heheheheheh ibu berkerjaya la kononnya....hahahahhaha
Sampai ke rumah aku letak barang dan anak-anak dan terus mandi. Lepas mandi aku layan anak-anak makan dan buat kerja sekolah. Kemudian aku ternampak bakul baju...Allahu Akhbar! Tingginya baju tak berlipat. Lepas solat Maghrib aku terus tarikh bakul kain yang sarat dengan muatan tu ke tengah umah. Sesi melipat kain akan bermula!
Then si baby start kacau. Aku pun sound my other half untuk amik si baby. Dia amik kejap, pastu mata dia ngadap forum club superbike dia. Si baby kembali mengacau aku. Aku sound lagi. Kali ni dia senyap aje. Buat bodo la senang citer kan. Takkan nak sound lagi? dah 3 kali dah ni.
Aku terus hangin. Aku simpan balik kain baju tu dan anak-anak tido. "Jom tido. Mampos mama korang nak buat semua kerja sorang-sorang"
Then aku terima sms "nape marah2?" ble?
Then berlakulah insiden berbalas-balas sms antara kami. Tak payahlah detail sangat kan sebab bahasa yang aku pakai dalam sms tu memang tak bertapis dan dah jatuh kategori 18XXXL!
Apa yang aku ralatkan ialah aku rasa dipergunakan aje. Takde sapa pun menghargai aku. Aku bukan mintak duit berjuta (tapi kalau ada tolongla kasi) tapi penghargaan itu boleh datang dalam macam-macam bentuk.
Dalam perkahwinan adakah cuma isteri sahaja yang perlu bertanggungjawab atas segalanya? Kenapa mesti aku mencari rezeki dan membayar sebahagian perbelanjaan rumahtangga dan pada masa sama masih perlu membuat kerja-kerja rumah 100%? Aku ni apa sebenarnya?
Bibik tu pun kita bayar gaji dia, bagi makan minum pakaian belanja perubatan dan juga top up hand phone. Status aku ni dah lebih teruk dari maid, aku bukan sahaja kena keluar umah bekerja menyara diri sendiri malah kena menyara keluarga juga. Bila balik rumah anak-anak adalah dalam tanggungjawab aku 100%. Baik dari segala segi. Akulah yang melayan karenan derang, akulah yang mesti memastikan pakaian derang dah dimasukkan dalam beg baju utk dihantar ke nursery, akulah juga yang perlu memastikan mereka cukup makan pakai dan juga belanja perubatan.
SEGALANYA TERLETAK ATAS BAHU AKU!!!!
Aku penat sangat. Bukan aku tak bersyukur dengan apa yang aku ada atau aku tak bahagia. Aku bersyukur dan aku bahagia. Aku ada suami aku ada anak dan sedikit harta serta hutang yang bernilai ratusan ribu ringgit. Takkan tak bahagia? Mestilah bahagia.
Cuma aku terkilan kerana aku terasa dipergunakan sahaja untuk kepentingan orang lain. Aku tak rasa dihargai pun. Aku rasa begitu useless and hopeless.
Adakah sukar untuk kita menunjukkan kasih sayang dan penghargaan kepada orang yang kita sayang? Tak kisahlah kepada suami, isteri, anak, ibu bapa kawan-kawan...yang penting kita ikhlas dalam sesuatu perhubungan. Kita tak sepatutnya mengambil kesempatan atas kebaikan atau kelemahan orang lain. Bukahkah kita sepatutnya saling sayang menyayangi dan bantu membantu?
Adakah aku bersalah bila aku bersuara?
Ya Allah kuatkanlah semangatku, teguhkanlah imanku...









