Jumaat. 27/6/2014.
Bagaikan nak meletup hati dan perasaan. Kekadang terfikir juga sendiri kenapa penting sangat belaian jiwa. Bukannya mati pun. Tapi itu fitrah. Tak dapat aku nak lawan. Bagaikan kosong hidup aku.
Tiada maknanya punya "tempat bermanja" kalau tidak dapat bermanja. Pelik ke ayat tu? Macam ada nasi tapi tak boleh makan nasi tu. Gila ke hapa?
Entah. Tapi itulah yang aku lalui. Serasa kosong hidup sedang ramai menemani di sekeliling. Aku sedar dan tahu kekurangan diri. Tak pernah aku nafikan betapa diri ini penuh kekurangannya. Dari hari ke hari aku memasang niat dan azam untuk jadi lebih baik dari semalam. Adakalanya menjadi. Adakalanya gagal jua melawan ombak perasaan.
Umur pun makin meningkat. Aku pun nak ke alam barzakh satu hari nanti. Begitu banyak lompong dan lubang dalam amalan. Aku kecewa kekadang dengan diri sendiri. Kenapa tak boleh buat yang terbaik untuk diri sendiri. Kenapa asyik nak buat yang terbaik untuk orang lain sedangkan orang tu tak appreciate pon apa yang aku buat untuk dia.
Bodohnya aku. Bagaimana nak ku ubati kebodohan ini.
So seharian Jumaat ni aku nak habiskan masa dengan melayan perasaan jer....... hehehheh ada aku kesah???
Friday, June 27, 2014
Subscribe to:
Comments (Atom)





