Cadangnya sempena cuti sekolah ni aku nak lah cuti. tapi cuti kena beku la plak. Hampeh tol, semuanya sebab ada internal audit.
Aduhhhhh!!!! Cubalah kowang cari masa lain takleh ke. Gua dah berangan-angan nak cuti dgn anak-anak alih-alih kena beku la plak. semua orang merungut kat opis gua. Apa nak buat la kan.
Sekali-sekala aku ada terpikir gak nak cari je keje lain. Keje sendiri ke, wat biz ke, asalkan kejenya tak terikat cam sekarang. Ada jugak aku cuba-cuba wat biz MLM. Tapi belum berjaya lagi la. Bukannya sbb biz tu tak bagus. Aku tak leh nak fokus sbb keje kat opis tu pun berlambak2 tak cukup tangan nak wat.
Bila sabtu ahad aje dah melekat dengan anak-anak kat umah atau bawak derang pi melihat keindahan ciptaan Tuhan. Karang tak dibawak berjalan, tepu plak otak derang. Budak-budak zaman sekarang kalau nak ke mana-mana hatta ke padang permainan pun kena berteman. Kalau tak, pakai hilanglah budak tuh.
Aku ingat lagi masa aku kecik-kecik dulu takde pun kes-kes culik ni. Kalau ada pun hanya melibatkan anak-anak orang kaya je. Tapi yelah since bapak aku kan polis dan aku pun tinggal dalam berek polis yang dipenuhi polis semata-mata so aku rasa tahap keselamatan aku memang tahap DEWA la kan...hehehheheeh
Sekarang aku hidup sendiri tanpa jagaan polis lagi dah. So kenalah amik langkah proaktif. Memang aku kekadang rasa aku over protected. Tapi rasanya itu adalah lebih baik daripada aku biarkan alam mengambilalih tugas aku...Ishhhhhh....aku sayang anak-anak aku lebih dari segala-galanya. Walau susah macamana pun aku tetap tegar melayan karenah derang dan akan sentiasa memastikan keselamatan mereka diutamakan sebagaimana mak dan abah aku dulu menjaga aku...
Buah hati pengarang jantung aku....
Saturday, March 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 comments:
Post a Comment