Thursday, March 11, 2010

Zali The Great Menjampi di Tengah Malam

Masuk malam semalam dah 3 malam berturut-turut aku tak dapat tido. Mukhliez dok menangis je setiap jam. Malam tadi dia tido awal. Kol 8.30 dah tido.

Aku pun dengan pantas menyiapkan semua tugasan yang patut dibuat dan sepantas kilat aku masuk tido. Tak sempat aku nak lelap mata, Mukhliez tetiba menangis. Aku kasi dia puting kosong tapi dia tak nak. Meraung bagai dicubit-cubit. Temperature aku terus naik time tu. Aku jerit Kat Mukhliez "Kenapa ni???!!!"

Maka bertambah kuatlah dia menangis. Aku tak tahan lagi. Aku tahu ada menda yang mengganggu anak aku. Aku bawak keluar ke ruang tamu. Kasi dia minum gripe water & ubat batuk. Bertambah kuat dia nangis. Aku pujuk-pujuk dukung keliling umah. Then dia diam. Aku usung balik masuk dalam bilik

Baringkan dia atas katil dan aku duduk bersila menghadap anak aku. Aku baca Al-Fatihah, 3 Qul dan Surah Kursi. Aku pun cakap"Tolong jangan kacau anak aku. Aku tak kacau ko. Tolong jangan kacau aku dan anak-anak aku."

Tak sampai 5 minit Mukhliez tertido. Aku pun baring dengan bayang-bayang pompuan rambut panjang dalam kepala aku. Ishhhhh.....perasaan aku je tu...aku berbisik pada diri aku sendiri.

Aku capai handphone. 

"Salam. Abah dah tidoq ka?" 

"Belum. Awat?"

"Orang nak balik penang la jumaat ni. Nak berubat kan Mukhliez. Dia dok meracau ja 3 malam ni."

"Elok la hang balik. Kita pi jumpa pak aji Sahaq. Nanti abah suh adik pi amik hang"

"Okeh" 

Aku letak handphone. Baca lebih kurang aku pun bercakap"tolong jangan kacau anak aku. Aku tak kacau ko. kenapa ko kacau aku." Aku lelapkan mata.

Bangun pagi perut aku kembung. Tak pernah pulak camni. Mmmmm. Aku tau ada menda yang dok ganggu. 

Memang kena berubat la jawabnya. Tak boleh dibiarkan. Kesian anak aku. Kesian kat aku jugak...

Penang here we comes...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails