Bila Mukhliez demam lagi last week, aku telah dicadangkan untuk mencari altenatif lain. Berubat kampung pulak.
So aku pun mintak tolong dengan Pengasuh anak aku untuk mencari si bijak pandai. Kebetulan ada sedara dia yang pandai bab-bab budak sakit atau menangis ni.
The next day dia sms aku dan bagitau ada "menda" tumpang dalam umah aku. Adussss! Apa takde ke tempat lain yang "menda" tu boleh pegi. Patutlah aku dok terasa cam ada extra dalam umah. Seram seram gak aku dibuatnya. Dahlah menda tu dah diconfirmkan sebagai mak ponti. Alahai....
Lalu proses perubatan bermula. Maghrib tu aku rasa satu macam je badan aku. Rasa cam nak pitam, nak muntah semua ada. Aku memang rasa lemah satu macam. Aku kuatkan semangat. Aku terus membaca surah-surah lazim untuk melindungi diri aku dan anak-anak.
Esoknya, pengasuh anak aku beri sebotol air untuk dimandikan. Dia kata lagi nama anak aku tu Mukhliez Mikhael berat. Mmmmmmm.....
Mukhliez nampak agak tenang lepas dimandikan. Namun malamnya lebih kurang pukul 1 pagi Mukhliez terjaga lagi dan menangis. Jenuh jugak aku pujuk. Sampai kol 2.30 baru dia tido. Aduh!!!! Rabu, Mukhliez jaga lagi around 1 am. Fuhhhhh penat penat...mujur kejap je dia nangis. Khamis, Abah datang dan azan dalam rumah dan baca yassin sekali. Thanks abah. Tetiba je umah aku rasa cam lapang.
Aku tatau nak describe perasaannya, tapi memang aku rasa lebih tenang dan rasa takut pun hilang sket. Mmmmm nampaknya aku kena tingkatkan kebolehan aku dalam bacaan Al-Quran ni. Disebabkan kejahilan aku itu maka setan pun datang...
Macam ni ke gamaknya rupa dia ye....eiiiiiii seram aku dibuatnya....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 comments:
Post a Comment