Wednesday, May 5, 2010

Seminggu yang panjang

Mmmmmm, lama dah tak menjenguk blog aku ni.

Adoyai...minggu lepas, to be exact, 27/4/2010 my only son was admitted to KPJ Selangor for high fever. Sedih aku menengok keadaan dia yang demam tak kebah tu.

Bila doctor amik darah keputusannya - ada virus. Allahu Akhbar. Jahat sungguh virus ni. Biasa tu mengganggu anak aku. Sapa ntah jemput. Bila aku tanya doctor punca virus dia kata udara. Mmmmmm nampak sangat aku kena bersihkan rumah aku tahap dewa...heheehheheh

Selama 3 hari di hospital memang sangat meletihkan. Kalau kat umah ada jugak walker & kakak-kakak dia tolong tengok-tengokkan. Ni aku sensorang nak tengok. Makan minum tak tentu arah. Aci dan je. Mujur lepas hari kedua Mukhliez dah ok.

Ari Jumaat 30/4/2010 Mukhliez keluar wad. Bukan main gembira aku. hahahahhaha mama pulak yang over. Sampai umah aku tengok baju tak berlipat dalam bakul. Setinggi aku!!!!! Aduh!!! Rasa nak lompat terjun ke bawah menengoknya. Dah lah penat duduk hospital tak hilang balik umah tengok pulak kain  setinggi tu bertambah penat aku dibuatnya.

Maka aku pun menjalankanlah tugasan aku sebagai bibik (tak berbayar ye) dengan melipat kain-kain tersebut sambil senyum-senyum pahit dan hati yang bengkek...

Mmmmmm sabor je la

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails