Wednesday, June 22, 2011

Kebebasan Kewangan????

Tajuk kali ni nampak cam nak promote bisnes. Tapi bukan! hahhhahhahahahaha 


Aku cuma nak kongsi pengalaman aku dalam hal-hal kebebasan kewangan ni. Dalam FB korang mesti korang selalu terima email pasal macam-macam program perniagaan. Infinity downline, MLM, affiliates dan macam-macam lagilah. Itu belum kira kena tag kat kuih karipap. hehehheheh Rzmin Carragher hang jangan marah noooo 




Aku harap kengkawan takdelah yang ada masalah kewangan yang kronik, atau bakal kronik, atau sedang kronik atau baru nak kronik. Aku tak pernah nafikan yang perniagaan adalah sumber pendapatan yang takde had. 9/10 sumber pendapatan datangnya dari perniagaan. Rasullulah adalah peniaga tersohor di zamannya. Ramai sahabat Rasullulah adalah pedagang yang berjaya, kaya dan ternama. Makanya kita sebagai umat Islam sewajarnyalah jadi kaya. Iya dak? 



Bagus kekayaan ni kalau kita tahu nak memanfaatnya. Semua orang nak kaya termasuklah aku. Tapi nak kaya sampai macamana ye. Kalau kata nak senang boleh makan apa sahaja, terlaratkah nak makan? kalau kata nak kaya sebab boleh beli pakaian banyak-banyak... terpakaikah semua pakaian yang kita beli tu? Kalau kata nak kaya sebab boleh melancong ke luar negara, bukan semua negara kita boleh pegi... Kalau ada yang kata dia nak kaya sebab dia nak membantu umat Islam yang miskin atau anak-anak yatim atau ibu-ibu tunggal, atau membantu saudara mara kita di Palestine tu, aku memang tabik spring la kat orang tu... 


Pada aku, mungkin benar dengan menjadi kaya kita punya kebebasan kewangan. Tapi kaya pun tak bererti kita tidak punya hutang. Orang kaya-kaya kat Mesia ni ingat derang takde hutang ke? Cuma hutang derang main angka juta la. Takdelah nak hutang kad kredit atau personal loan cam kita ni. 


Kebebasan kewangan ni pada aku ialah apabila kita dapat mengawal perbelanjaan kita dari jumlah pendapatan yang kita dapat. Tak semestinya kita yang makan gaji ni tak boleh ada kebebasan kewangan atau tak boleh kaya. Boleh kalau kena gayanya. Satu ketika dulu, aku yang sememangnya jahil dalam bab-bab mengawal perbelanjaan ni telah gagal mengawal perbelanjaan aku. Aku banyak membeli menda-menda yang aku tak perlukan sangat. Lepas tu perlahan-lahan selari dengan pertambahan ahli keluarga aku cuba kawal perbelanjaan aku. 


Pun terbabas juga sedikit sebanyak.... hehehehhehe adatle... gaya mau lebih...tapi takdela bergaya sangat pon kan kan kan


Apa jua pekerjaan atau perniagaan yang kita buat mengawal perbelanjaan atau unsur berjimat cermat tu perlu diterapkan dalam diri. Disiplin! Itu yg aku ada tergagal sket tu. Yang aku mesti fail dalam perbelanjaan tak patut ni biasanya HENPON!! hahahhahaha pantang ada henpon model terbaru mesti gatal je tangan aku ni nak swipe kad kredit yang tak brapa ada kreditnya tu. Pembelian yang asalnya cuma bernilai RM1500 kini menjadi RM2000. Akibatnya aku pon mengamalkan sistem gali lubang tutup lubang.....Mana kebebasan kewangannya di situ? Sampai bila nak gali lubang tutup lubang? tak abis-abis sampai aku sendiri sok masuk lubang pun belum tentu abis...


Kena kawal rasa nak berbelanja tu. Dengan kos sara hidup yang makin tinggi kita takde pilihan melainkan membeli apa yang PERLU sahaja. KEHENDAK tu kena tolak ke senarai paling bawah. Atau buat kaedah tabungan (ni laki aku ajor...hehehhehehe). Bila tabung tu dah mencukupi baru beli barang yang kita HENDAK SANGAT TUH!!! 






Tapi buat kita yang ada keluarga, ada anak-anak, utamakanlah kepentingan mereka ni. 10% je dari duit gaji tu utk diri kita. Yang lain semua untuk ahli keluarga.Tu pun 11% dah bagi kat EPF (buat habuan kita bersara sok...atau utk kemudahan keluarga bila kita dah takde). Aku belajar banyak lately pasal perkataan KEBEBASAN KEWANGAN. Aku mengingatkan diri aku bahawa langit tak selalunya cerah, tapi walau pun mendung atau hujan sekalipun ia tetap rahmat dari Allah...








So buat kengkawan yang makan gaji (cam aku jugak) berhati-hatilah dalam perbelanjaan sebab kita bukan orang kaya yang banyak duit. Bagi yang rasa gaji yang dok ada tu tak cukup silalah cari kerja lain yang tawarkan gaji lebih besar atau buatlah kerja sampingan. Tak kisahlah ko nak bawak teksi ke, kerja 7-11 ke, ngajor tuition ke, buat MLM ke, internet biz ke, jual takaful ke, jual emas ke, estet ejen ke.....tak kisahlah. Asalkan dapat kita menampung kos sara hidup yang makin tinggi. 


Ye aku tak nafikan ada salah silap gomen dalam pengurusan kewangan negara, tapi itu deme jawablah pada Allah Taala sok. Kita tak payah jawab, kita hanya jawab yang kita punya aje. So usahakan kurangkan hutang yang tak patut. Live within means. Tak payahlah nak ambil peduli sangat umpatan orang. Susah payah kita orang tu amik tahu ke? Belajarlah uruskan cash flow sendiri. Kalau tatau get help!!! Ada banyak bantuan di luar sana. Usah bebankan diri dengan hutang. Bila takde hutang maka kita pun dapatlah kebebasan kewangan... 









Sememangnya aku tengah re-structure cash-flow aku. Ada juga usaha-usaha tambahan yang aku buat untuk menambahkan lagi pendapatan. Insyallah rasanya masih belum terlambat untuk aku memulakannya semula. Aku dah dapatkan bantuan. Semoga aku dapat melaksanakannya. Amin. 






0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails