Wednesday, June 22, 2011

Kebebasan Kewangan????

Tajuk kali ni nampak cam nak promote bisnes. Tapi bukan! hahhhahhahahahaha 


Aku cuma nak kongsi pengalaman aku dalam hal-hal kebebasan kewangan ni. Dalam FB korang mesti korang selalu terima email pasal macam-macam program perniagaan. Infinity downline, MLM, affiliates dan macam-macam lagilah. Itu belum kira kena tag kat kuih karipap. hehehheheh Rzmin Carragher hang jangan marah noooo 




Aku harap kengkawan takdelah yang ada masalah kewangan yang kronik, atau bakal kronik, atau sedang kronik atau baru nak kronik. Aku tak pernah nafikan yang perniagaan adalah sumber pendapatan yang takde had. 9/10 sumber pendapatan datangnya dari perniagaan. Rasullulah adalah peniaga tersohor di zamannya. Ramai sahabat Rasullulah adalah pedagang yang berjaya, kaya dan ternama. Makanya kita sebagai umat Islam sewajarnyalah jadi kaya. Iya dak? 



Bagus kekayaan ni kalau kita tahu nak memanfaatnya. Semua orang nak kaya termasuklah aku. Tapi nak kaya sampai macamana ye. Kalau kata nak senang boleh makan apa sahaja, terlaratkah nak makan? kalau kata nak kaya sebab boleh beli pakaian banyak-banyak... terpakaikah semua pakaian yang kita beli tu? Kalau kata nak kaya sebab boleh melancong ke luar negara, bukan semua negara kita boleh pegi... Kalau ada yang kata dia nak kaya sebab dia nak membantu umat Islam yang miskin atau anak-anak yatim atau ibu-ibu tunggal, atau membantu saudara mara kita di Palestine tu, aku memang tabik spring la kat orang tu... 


Pada aku, mungkin benar dengan menjadi kaya kita punya kebebasan kewangan. Tapi kaya pun tak bererti kita tidak punya hutang. Orang kaya-kaya kat Mesia ni ingat derang takde hutang ke? Cuma hutang derang main angka juta la. Takdelah nak hutang kad kredit atau personal loan cam kita ni. 


Kebebasan kewangan ni pada aku ialah apabila kita dapat mengawal perbelanjaan kita dari jumlah pendapatan yang kita dapat. Tak semestinya kita yang makan gaji ni tak boleh ada kebebasan kewangan atau tak boleh kaya. Boleh kalau kena gayanya. Satu ketika dulu, aku yang sememangnya jahil dalam bab-bab mengawal perbelanjaan ni telah gagal mengawal perbelanjaan aku. Aku banyak membeli menda-menda yang aku tak perlukan sangat. Lepas tu perlahan-lahan selari dengan pertambahan ahli keluarga aku cuba kawal perbelanjaan aku. 


Pun terbabas juga sedikit sebanyak.... hehehehhehe adatle... gaya mau lebih...tapi takdela bergaya sangat pon kan kan kan


Apa jua pekerjaan atau perniagaan yang kita buat mengawal perbelanjaan atau unsur berjimat cermat tu perlu diterapkan dalam diri. Disiplin! Itu yg aku ada tergagal sket tu. Yang aku mesti fail dalam perbelanjaan tak patut ni biasanya HENPON!! hahahhahaha pantang ada henpon model terbaru mesti gatal je tangan aku ni nak swipe kad kredit yang tak brapa ada kreditnya tu. Pembelian yang asalnya cuma bernilai RM1500 kini menjadi RM2000. Akibatnya aku pon mengamalkan sistem gali lubang tutup lubang.....Mana kebebasan kewangannya di situ? Sampai bila nak gali lubang tutup lubang? tak abis-abis sampai aku sendiri sok masuk lubang pun belum tentu abis...


Kena kawal rasa nak berbelanja tu. Dengan kos sara hidup yang makin tinggi kita takde pilihan melainkan membeli apa yang PERLU sahaja. KEHENDAK tu kena tolak ke senarai paling bawah. Atau buat kaedah tabungan (ni laki aku ajor...hehehhehehe). Bila tabung tu dah mencukupi baru beli barang yang kita HENDAK SANGAT TUH!!! 






Tapi buat kita yang ada keluarga, ada anak-anak, utamakanlah kepentingan mereka ni. 10% je dari duit gaji tu utk diri kita. Yang lain semua untuk ahli keluarga.Tu pun 11% dah bagi kat EPF (buat habuan kita bersara sok...atau utk kemudahan keluarga bila kita dah takde). Aku belajar banyak lately pasal perkataan KEBEBASAN KEWANGAN. Aku mengingatkan diri aku bahawa langit tak selalunya cerah, tapi walau pun mendung atau hujan sekalipun ia tetap rahmat dari Allah...








So buat kengkawan yang makan gaji (cam aku jugak) berhati-hatilah dalam perbelanjaan sebab kita bukan orang kaya yang banyak duit. Bagi yang rasa gaji yang dok ada tu tak cukup silalah cari kerja lain yang tawarkan gaji lebih besar atau buatlah kerja sampingan. Tak kisahlah ko nak bawak teksi ke, kerja 7-11 ke, ngajor tuition ke, buat MLM ke, internet biz ke, jual takaful ke, jual emas ke, estet ejen ke.....tak kisahlah. Asalkan dapat kita menampung kos sara hidup yang makin tinggi. 


Ye aku tak nafikan ada salah silap gomen dalam pengurusan kewangan negara, tapi itu deme jawablah pada Allah Taala sok. Kita tak payah jawab, kita hanya jawab yang kita punya aje. So usahakan kurangkan hutang yang tak patut. Live within means. Tak payahlah nak ambil peduli sangat umpatan orang. Susah payah kita orang tu amik tahu ke? Belajarlah uruskan cash flow sendiri. Kalau tatau get help!!! Ada banyak bantuan di luar sana. Usah bebankan diri dengan hutang. Bila takde hutang maka kita pun dapatlah kebebasan kewangan... 









Sememangnya aku tengah re-structure cash-flow aku. Ada juga usaha-usaha tambahan yang aku buat untuk menambahkan lagi pendapatan. Insyallah rasanya masih belum terlambat untuk aku memulakannya semula. Aku dah dapatkan bantuan. Semoga aku dapat melaksanakannya. Amin. 






Monday, June 13, 2011

Salah Perancangan

Baru lepas layan ulangan Maharaja Lawak minggu ke 11. Fuhhh mmg layan lahhhhhh... GO JOZAN GO JOZAN...[gua mmg peminat tegar JOZAN]. 


Memang power la lawak derang minggu ni. Zamri Rocker!!! Wa caya sama lu!!! Masa second round dengan props pun derang meletops gitewwwww!!!!!


YEAHHHHHHHHH!!!!! I LOVE JOZAN!!!

Tapi bukan itu isu yang aku nak ceritakan. Takdela ISU SANGAT tapi ia agak peribadi buat aku [macam Adlin Aman Ramli la plak].


Korang pernah tak tersalah perancangan atau tersalah jumpa orang yang akhirnya membawa kepada tersalah perancangan???? Heehhehe aku pernah tempuh kedua-duanya... dan aku tak bangga dengan pencapaian tu. Ia adalah titik hitam dalam hidup aku. Tak pernah menyangka yang aku akan terbenam sebegini dalam.

Ceritanya bermula sekitar penghujung tahun 2006. Aku bertemu dengan seorang perempuan, cukup ku namakan sebagai MPL [Minah Perasan Lawa]. Asal pertemuan adalah atas urusan kerja semata-mata.

Setelah beberapa purnama berkenalan, MPL mula memujuk aku untuk menyertai dia sebagai usahawan. Tak payahlah aku ceritakan apakah bentuk perniagaannya sebab aku rasa ia tak penting. Dia menunjukkan cek-cek bernilai belasan ribu ringgit yang diterima hasil perniagaan yang dilakukannya. Aku pun teruja la apalagi [atau boleh dikategorikan sebagai gelap mata barangkali???].


Untuk memburukkan lagi keadaan, aku telah mengheret ahli keluarga aku dalam "the so called business". Disingkatkan cerita, setelah begitu banyak RM dilaburkan, barulah aku tersedar yang sebenarnya perniagaan itu tidak berkembang pun. Dan si MPL hanya mahukan RM sahaja. Dia bukanlah sejujurnya mahu menolong aku menjadi usahawan. Aku bukan setakat kerugian RM malahan aku juga hampir kehilangan pekerjaan aku. Memang giler!!!

Aku sangat kesal! Sampai sekarang kekesalan itu tidak pernah hilang dari hati. Yang paling aku kesalkan adalah kerana aku telah mengheret ahli keluarga dan menyebabkan kerugian. Mujurlah aku tidak dibuang oleh ahli keluarga aku. Aku bersyukur kerana ahli keluarga masih mahu menyokong aku [tapi aku kena tiaw kaw kaw punyala kan...].  Mak bapak aku la yang paling kuat menyokong aku. Memberikan aku semangat untuk teruskan perjuangan dalam hidup ini. Mak aku sampai sekarang kalau ada peluang mesti ungkit pasal ni. Hehhehe

MPL sekarang hilang entah ke mana. Ada jugak aku terjumpa akaun fesbuk dia. Ada jugak kengkawan yang pernah nampak dia datang bertandang di syarikat tempat aku bekerja. Dasar muka tak malu. Kononnya kini dia tampil dengan imej bertudung!!!! So????


Aku tak pernah hubungi atau terserempak dengan dia lagi sekarang ni. Aku tak mahu ambil kisah. Ada bisikan di hati yang menyuruh aku maafkan MPL. Ada kalanya aku rasa aku dah maafkan dia, ada kalanya aku rasa tak pulak. Hmmmmmm... entahlah. Wajarkah aku memaafkan dia? Wajarkah pula kiranya aku tidak memaafkan dia? Pernah juga seorang teman tanyakan satu soklan yang menyebabkan aku terkedu.. "Pah, kalau hang jumpa dia apa yang nak buat???"


Apa yang aku patut buat?????




Aku berharap kawan-kawan yang terbaca kisah aku ni, jadilah ia sebagai pengajaran. Jangan mudah percaya pada orang terutamanya yang bermulut manis. Jangan mudah gelap mata dengan pertunjukkan hebat sesorang. Apa jua perniagaan atau pekerjaan yang kita nak buat perlu buat research sendiri dan jalankannya sendiri. Jangan biarkan orang lain menjalankan perniagaan atau pekerjaan kita tanpa kita ketahui perjalanannya. Penipuan datang dalam pelbagai bentuk. Apa yang terpenting, dalam apa juga yang kita lakukan, jangan sesekali membelakangkan Allah. Bersujudlah, bersujudlah, bersujudlah...





 

Tuesday, June 7, 2011

kalau aku ada kuasa ajaib kan best

Dah sekian lama rasanya aku membisu dari arena penulisan di blog aku ni. Bukan takde cerita. Tapi aku sibuk bebenor. Ngalahkan Perdana Menteri.

Tapi dalam sibuk-sibuk aku sempat jugakla update status kat Facebook dan terkini di Twitter. Hah! Ko ada ke Kiah????

Sejak dua menjak ni, tambah-tambah dengan kenaikan harga barang dan gaji yang tak naik-naik lagi, laju bebenor duit ni keluar. Kejap je pegang note 50 tu tetiba ia bertukar menjadi syiling 50 sen. Ajaib sungguh rasanya. Dengan note 50 sekarang ni cuma bole beli 2 3 barang aje. Giler mahal harga barang sekarang. Tak cukup dengan barang keperluan, dah harga letrik pulak naik. 

Dah ikat perut nak kena belajar bergelap pulak ke Tok?

Maka, aku pon kenalah mengamalkan perbelanjaan berhemah. Ikat perut dan guna letrik seminima mungkin. Tapi nak dijadikan cerita, Along berlesen plak kejar aku. Yelah dah aku pon pi berbelanja melebihi had tu wat pe. Kan dah kena impak maksimanya...

Kononnya along tu offerla kat aku restructuring payment. Maka giranglah hatiku seketika. Setelah aku diinterview bagai nak rak, aku diminta menunggu dua tiga hari yang mana membawak kepada sebulan. Setelah sebulan menunggu, aku terima SMS..diulang ye SMS yang mengatakan bahawasanya permohonan restructuring itu telah ditolak mentah-mentah dan aku diminta membayar jumlah keseluruhan.

Halo brader! Gua kalau ada duit gua tak henggen la pinjam dgn lu. Gua pon tau la gua berhutang. At least gua tak ghaib camtu je atau gua baling molotov coctail kat laman opis lu. 

Aku masih baik hati, aku bayar jugak kat along tu sejumlah wang. Nyatanya jumlah itu tidak mencukupi [as expected] aku dapat lagi satu SMS yg mengatakan kalau aku tak bayar sejumlah besar wang kepada mereka aku akan disaman di Court dalam.... hahahahhahahaha

Ada aku kisah?????

Ko nak saman ke nak apa lantak ko lah. Aku malas nak layan. Cubalah bertolak ansur sikit. Daripada lu langsung tak dapat payment kan baik kalau lu dapat setiap bulan walaupun jumlahnya sikit. Bukan forever gua nak bayar minimum. Bila gua berduit sok [yg mana sedang diusahakan] gua bayarlah semua sekali. Lu bukan tatau lu punya angahla yg pegi naikkan semua harga barang, petrol, tarif letrik semua sampai gua mau bernafas pun macam dalam lumpur tau.

Takkan lu nak gua jual semua harta menda gua dan hidup atas pokok atau buat khemah dari plastik pastu pangge TV3 masuk rancangan Bersamamu kotttt??? agak-agaklah...

Aku bukan orang senang. Tapi aku berusaha untuk jadi senang. Tapi kau dan angah kau senang-senang aje menyenangkan diri korang hasil dari susah payah aku & rakyat jelata sekalian. Malas la aku nak cakap banyak karang orang cakap aku pro pembangkang plak. Padahal parti yg aku sertai pun sekadar party tupperware aje. Itu pon duluuuuuuu lama dah.

So apa pilihan yang aku ada? Simbah dengan asid? Hired pembunuh upahan? Baling Molotov coctail? Bunuh, Bakar dan Buang [dalam sungai]? 

Ishkkkk!!! Laki aku kata "Pegi ajela AKPK..."


Hehehehehhehehhe... terima kasihlah kengkawan sebab sudi layan citer aku...





   

Thursday, January 13, 2011

Minggu menekan jiwa

Sejak bermulanya tahun 2011 ni tanggungjawab aku makin banyak. Tak cukup kat opis, kat umah pun sama je naiknya.


Di rumah, sejak anak sekolah, maka bermulalah kembali rutin mengejar masa walaupun aku takdelah berlari kan sewaktu mengejar masa tu. Kemudian mengadap kesesakan lalu lintas yang sememangnya sangat mencabar kesabaran aku yang sedia terhad itu.


Adoh sengal.


Bila la gamaknya pihak berkuasa berkenaan akan mengambil tindakan untuk melebarkan jalan keluar dari rumah aku ke Jalan Sungai Buloh-Shah Alam tu. Jalan Sungai Buloh itu sendiri sebenarnya terlalu dibebankan dengan bilangan trafik yang semakin meningkat. Kata bandar terancang...terancang abah deme!!!!


Buat projek perumahan pusat perniagaan bukan main-main rancaknya tapi jalan keluar besar kangkang deme aje. 


Memang hampeh! 


Bila aku sampai opis, kenala menghadap fail-fail yang sememangnya menyesakkan dada. Kekadang nak bernapas pun tak sempat. Ala-ala orang berenang gitu....hup hap hup hap...


Minggu kebelakangan ni, aku terpaksa melayan karenah pelanggan yang sengal lagi menyengalkan. Ditambah pulak staff sendiri yang turut sama menyumbangkan kesengalannya untuk menyengalkan lagi jiwaku yang sedia sengal...


Eiiii brapa banyak sengal daaaaaa....


Sabor ajela.... 



Related Posts with Thumbnails