Pagi kelmarin aku datang ke opis dengan semangat berkobar-kobar nak settlekan keje.
Tup Tup aku kena panggil dengan Big Boss mintak aku update files bawah kendalian aku. Selamba je la aku pegi dengan salah seorang Exec aku. Alahhh kacang je. Aku tau semua perjalanan keje aku...apa ada hal...
"Salam Boss" aku tegur boss aku yang sedang duduk dengan selesanya di atas kerusi kulitnya sambil mengadap laptop...bz la tuh....
"Hah, masuk. Duduk. Saya nak settlekan keje sket." Kata Big Boss sambil menghirup kopi panasnya...sedap la plak aku tgk...cis cis cis aku punya takde plak tuh...
"Apa status files?" Big Boss aku memulakan bicara selepas 15 minit aku menunggu dia menyiapkan keje dia. Memang buang karan aku la dia ni.
Aku pun explain lebih kurang dan dia nampak puas hati sambil memberikan arahan-arahan lanjut...huh!!!! Makin banyak la plak keje aku....cis cis cis...
Then Big Boss aku bukak citer, "Ko tau aritu meeting dengan The Somebody Customer dia cakap ko ada suruh dia buat ABC (tak ble nak bagitau sbb sensitive sangat)." Aku terperanjat!!! Bukan kecik2 aku terperanjat. Memang masa tu aku rasa darah aku dah tahap mengelegak lebih 4000 darjah celcius.
"Mana ada saya suruh! Saya bercakap dengan The Somebody Customer tu pun idak. Orang lain yang handle file tu pasal apa plak nama saya yang disebut?" Aku terus zazzzzzz tak hengat! "Ko rilek Pah, saya cuma nak tau ya atau tidak. Saya pun terperanjat gak masa dia sebut nama ko tuh. Beria-ria betul dia menyebut ko yang suruh dia buat ABC tu " Big Boss aku ala-ala memujuk la konon...
Huh!!!! Memang aku terus rasa cam nak penampor je minah tuh. Buat fitnah kat aku ye!!!! Siaplah ko aku kerjakan sok....ko tunggula...
Aku tak puas hati. Aku call minah tenggek tu. Aku tanya dia direct "Kenapa U sebut saya yang suh u wat ABC tu? Depan CEO plak tu."
Mengelabah jap minah tuh. Dia pun terbelit2 cakap "Ehhh takdelah. Saya cuma sebut nama u pasal menda lain. Bukan pasal ABC tuh" fuhhhh giler ularrrrrr.
Aku memang pantang dengan orang yg suka mengular ni. Apa yang sangat membengangkan aku ialah statement minah tua tak sedar diri tu mempunyai impact yang besar ke atas perjalanan karier aku. Ada dia pikir ke???? Dahlah sekarang ni awal tahun, company tengah wat promotion untuk staff.
Dengan statement dia depan CEO aku plak tuh....mmmmm...aku memang hangin bangat la sepanjang hari kelmarin....
Ya Allah Ya Tuhanku, hanya Engkaulah Penolong aku....Tunjukkanlah kebenarannya...Amin.
Tuesday, February 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





0 comments:
Post a Comment