Sunday, November 23, 2014

Hari malas sedunia

Malas.

Ye arini malas. 

Kelmarin encik suami bawak gi MAHA 2014 di MARDI. Serdang nun. Seronok bawak anak anak walau pun panas sampai mencurah curah peluh. 

Komen aku pasal MAHA ni... mmmm... rasanya kali terakhir aku pegi sekitar 2009/2010. Punyala lamaaaaaa... rasanya dulu lagi banyak haiwan dipamerkan. Kali ni cam sikit je. Banyak booth pameran bergambar atau booth yang nak promote barang dagangan masing-masing je.

Bahagian perikanan best jugak. Ada juga penyu dan ikan hidup dipamerkan. Paling suka tengok ikan tuna. Punyala besar! Best! Tapi tak berani try makan mentah isi ikan tu. Kembang tekak aku mengenangkan. Kalau abah mesti dia dah ngap dah. 

So arini nak update page Onexox, Tunetalk dan Luver9. Dah lama dah bersarang page page tu. Susah nak dapat likes. Onexox tu boleh tahan laju likes. 

Ingatkan buat online biz taklah kena modal. Sebenarnya kena jugak kuar modal. Banyak sangat yang aku tatau pasal online biz. Sekarang ni pelan pelan belajar. Insyallah. Ku usahakan sampai jadi.

K. Bai. Malas kan.... hehehhehehhe

Friday, June 27, 2014

Half Year 2014

Jumaat. 27/6/2014.

Bagaikan nak meletup hati dan perasaan. Kekadang terfikir juga sendiri kenapa penting sangat belaian jiwa. Bukannya mati pun. Tapi itu fitrah. Tak dapat aku nak lawan. Bagaikan kosong hidup aku.

Tiada maknanya punya "tempat bermanja" kalau tidak dapat bermanja. Pelik ke ayat tu? Macam ada nasi tapi tak boleh makan nasi tu. Gila ke hapa?

Entah. Tapi itulah yang aku lalui. Serasa kosong hidup sedang ramai menemani di sekeliling. Aku sedar dan tahu kekurangan diri. Tak pernah aku nafikan betapa diri ini penuh kekurangannya. Dari hari ke hari aku memasang niat dan azam untuk jadi lebih baik dari semalam. Adakalanya menjadi. Adakalanya gagal jua melawan ombak perasaan. 

Umur pun makin meningkat. Aku pun nak ke alam barzakh satu hari nanti. Begitu banyak lompong dan lubang dalam amalan. Aku kecewa kekadang dengan diri sendiri. Kenapa tak boleh buat yang terbaik untuk diri sendiri. Kenapa asyik nak buat yang terbaik untuk orang lain sedangkan orang tu tak appreciate pon apa yang aku buat untuk dia. 

Bodohnya aku. Bagaimana nak ku ubati kebodohan ini. 

So seharian Jumaat ni aku nak habiskan masa dengan melayan perasaan jer....... hehehheh ada aku kesah???


Related Posts with Thumbnails