Monday, June 28, 2010

Bagaikan baru bermula!!!!

Hari sabtu lepas bagaikan ada suatu kuasa baru menyerap dalam rumahtangga aku.


Bagaikan terkena putaran puting beliung, corak hidup aku berubah. Alhamdulillah.


Bukan berubah kepada keburukan tetapi ke arah kebaikan.


Hati aku berbisik "Allah memakbulkan doa aku kah? Terima kasih. Aku sangat bersyukur kepadaNya"


Maka, aku mula merancang perjalanan yang panjang. Insyallah, setiap satu kejayaan bermula dengan langkah yang kecil. Itu adalah lebih baik daripada tidak bermula langsung. Aku yakin kalau kita berusaha, kita pasti berjaya.


Aku bulatkan tekad dan azam, dengan dorongan dan sokongan insan tersayang pasti langkah aku akan lebih laju lagi...


Aku berasa bagaikan hidupku baru bermula....






  

Wednesday, June 23, 2010

Jom Solat Siri 2

Salam dan selamat sejahtera,

Saya dapat lagi satu email yang sangat menyentuh hati dan menyedarkan saya bahawa kita semakin jauh terpesong dari landasan Islam. AllahuAkbar!



Bacalah sahabat. Mudah-mudahan ia memberi manfaat kepada semua


**************************************************************************

Artikel dari Ustaz Pahrol ini amat menarik dan mungkin akan terpalit betul-betul di dahi majoriti orang Melayu kita yang sibuk dengan kempen boikot dan demonstrasi yang kononnya menunjukkan gelagat tidak puas hati terhadap Israel. Kami kongsikan artikel ini untuk bacaan pembaca Oh! Islam yang berminat (nyata tiada paksaan).
********************************************************* 



Demonstrasi Anti-Yahudi yang nyata Sia-Sia

Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.
“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.” 


Saya mengangguk-angguk kepala sahaja. 


“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”
Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar. 


“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.” 


Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”
“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”

“Kenapa Pak Cik?”

“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”

“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.

“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”

Winston from America?” bisik saya perlahan.

Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.

“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.

“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.
“Apa dia?”
“Solat Subuh berjemaah.”
“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.

“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”
“Kita mesti sanggup memikul senjata.”
“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”
“Saya tak faham.”

“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”
“Apa yang menyakitkan mereka?”
“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”

“Jadi?”

“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. 


 Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”

Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cik tersebut dengan senyuman.

“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”

“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”

“Awak sindir saya?”

“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”

“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”

Lagi-lagi ke situ fikirnya.

“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”
“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”
“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”
“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”
“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”
“Contoh?”
“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”

Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”

“Ketiga-tiga isme itu sama.”
“Sama?”
“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”
“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”

Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.
“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”
“Misalnya?”
“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”
“Lagi?”
“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”
“lagi?”
“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”
“Idola Amerika?”
“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”

Pak Cik itu batuk-batuk.
Saya urut belakangnya.

“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.

“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”

“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”

“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”

“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. 
Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “ 


“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”

“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”

Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. 


Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. 


Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?

Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!

Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? 
Firman Allah:



“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”



Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?



SAMPAIKANLAH ILMU WALAU HANYA DENGAN SATU AYAT.


Artikel dipetik dari http://genta-rasa.com/2010/06/05/mari-demonstrasi-hari-hari/

Tuesday, June 22, 2010

Jom Solat

Assalamualaikum
Lama dah update blog. Aku tak sihat. Tonsilitis menyerang lagi. Aku dah amik surat referral dari doc pun untuk removed the tonsil. Aduhhhh takut sehhhh
Anyway, baru ni aku dapat email yang aku rasa wajib aku kongsikan. Mudah-mudahan memberi manfaat kepada semua.

Satu rahsia untuk renungan bersama…
Rahsia Solat Di Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan
penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi
perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi
prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti.
 Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah
keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo
dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam.






  



Monday, June 14, 2010

Mmmmmm dah seminggu aku bertugas di Cawangan di Shah Alam. Bahagia betul rasa hatiku.

Dapat sampai ke rumah awal, keluar umah lambat. Mmmmm memang membahagiakan. Selama seminggu ni aku hanya meneliti kerja-kerja yang akan aku lakukan nanti. Nampaknya banyak juga yang perlu diperbaiki. Aku mula meneliti satu per satu fail yang ada depan mata. Ada fail seawal 1932! Huh! Aku memang suka la menda-menda cam ala-ala sejarah ni. Hehehehheeh

Memang banyak perbezaan beban kerja aku sekarang berbanding dahulu. Sekarang ni balik umah je senang nak tido. Kepala dah tak berserabut macam dulu. Sekarang ni aku Cuma perlu fikirkan pembaharuan yang ingin dibuat pada cawangan. Dengan bos baru yang dedicated aku harap aku mampu membawa cawangan ini ke satu level yang lebih baik.

Insyallah.

Walau macamana pun…aku rindukan teman-teman lama di KL. Kat sini lonely la jugak…huhuhuhuhu

Aku hanya bergelumang dengan fail-fail sahaja. Bercakap dengan fail….hahahahhahaahha bagusnya aku boleh tumpukan sepenuh perhatian pada fail2 tersebut dan mencari solusi yang bersesuaian untuk fail2 tersebut.

Hari Rabu ni 16/6/2010 aku akan bercuti selama 3 hari. Nak holiday dengan family…yeahhhhhhhh


 

Tuesday, June 1, 2010

Bukit Fraser 28/5/2010

28/5/2010, Sabtu, aku sekeluarga berjalan-jalan ke Bukit Fraser. Maklumlah tak pernah pegi lagi seumur hidup. Hehhehehheheh...

Punyalah jauh perjalanan aku rasakan. Kena plak jalannya macam ular kena palu. Berbengkang bengok sampai aku pening-pening lalat laaa. Nasib baik anak-anak tak muntah...eeerrrr aku pun tak muntahlaaaaaa....

Tapi kat atas tu bukannya ada apa pun. Sejuk tu...sejuk jugaklah...tapi takde aktiviti nak dibuat sangat. Aku tengok orang yang datang pun sekadar berkaraoke atau jenjalan kat sekitar situ. Tempat nak makan pun terhad dan of course MAHAL!!!! Kalau orang kaya mungkin tak terasalah kan dengan harga makanan kat situ. Tapi bagi kita yang ala-ala carte ni camana???

So aku & family just jalan-jalan mengambil udara sejuk dan snap gambar....hotel kat situ ok juga aku tengok, tak taulah facility dia camana. Bagi mereka yang suka nak meredah hutan bolehlah cuba meredah Rompin Trail. Ada bran??? Tapi bagi yang ada keluarga dan punya anak kecil macam aku...mmmmm tak sesuailah aktiviti camtu...hehehheheheh

Aku upload la gambar kowang tengoklah sendiri....pada aku kalau kowang adalah pasangan baru kahwin sesuailah datang sini...heheheh sejuk dan nyaman....mmmmmmmmm :)


Cun tak pemandangan. Ni sekitar pukul 4 petang.

Cuaca cerah dan berangin lembut. sepoi sepoi bahasa gitu....








 Ni lagi satu pemandangan. Rasa cam kat England je. Hhhehehehehh perasan je lebih. Panas jugak time ni. Angin sejuk tapi atas kepala matahari panas...camana tu?










Dengan anak-anak. hehehheheh ni gambar kat depan kedai makan....Kolam tu rupanya hidup segan mati tak mau












Yang ni plak mira yang ajak posing dalam pondok tuh...suka betul dia dengan pondok2 tu











Ni kat simpang mana ntah. Hehehehhe. Banyak banglo dan hotel kat sini. Tapi aktiviti tu yang kureng sket.....















So kawan-kawan, sapa-sapa yang nak berjalan-jalan ke Fraser Hill silakanlah....aku? dah serik naik lalu jalan bengkang bengkok tuh....punyalah jauh......

Tobat tobat tobat......








Thursday, May 27, 2010

Majlis Perpisahan diriku

Hari ni telah dianjurkan majlis perpisahan sempena kenaikan pangkat dan pertukaran aku ke cawangan di Shah Alam. Yeah!!!

Majlis telah dimulakan pada jam 12.40 tengahari dan berlangsung dengan meriah. Cakap pun tak gunalah. Aku attachkan gambar untuk buktikan betapa meriahnya majlis berlangsung. 
Ni masa persediaan majlis...

 Anak-anak dara dan mak-mak dara sedang sibuk menyiapkan hidangan yang ditempah khas...











Jangan memain. Cocktail disediakan oleh teruna Unit Sec 13. Aku cam biasa la wat bodoh je sambil sibuk mengambil gambar derang hehehheheheheh










Pastu majlis dimulakan dengan MC meminta ketua cawangan memberi ucapan.


MC dengan senyum simpul menjemput ketua cawangan memberikan sepatah dua kata


Puan Ketua Cawangan dengan ucapan berapinya...hehehehehhe. Selepas Puan Ketua Cawangan selesai berucap sampailah giliran aku plak berucap...ish ish ish...anak sapalah yang cun sangat nih...



Boleh tergelak besar tu masa bagi ucapan...hehehehheh aku tak prepare pun speech sbb ingatkan tak payah bagi ucapan. Maka aku pun sesuka hati jelah berucap...hahahahhaahahha

Lepas aku berucap MC pun minta wakil untuk membacakan doa makan....

Selesai aje doa makan semua orang menyerbu makanan termasuklah aku...hehhehehehehhe




Makan jangan tak makan









Anyway, aku ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menyediakan makanan-makanan dan juga hadiah untuk aku. huhuhuhuhu sedih pilu rasanya nak meninggalkan Unit yang telah aku huni selama 5 tahun ini. Tak sangka dah 5 tahun rupanya aku bertapa disini....

Kepada anak-anak buah kesayangan aku...usah bimbang...ada apa-apa hal kasi kontek sama gua. Kita pun semua dah tukar ke plan korporat kan. Free sms dan voice call...apa-apa hal kontek je HP gua yang canggih tuh...hhehehhehehe salam perpisahan dan selamat maju jaya aku doakan kepada korang semua...AMIN





Thursday, May 20, 2010

Haruskah aku pendamkan segalanya?

Petang kelmarin aku balik keje dan memandu kereta dalam keadaan mengantuk, ntah kenapa lately ni aku rasa letih sangat-sangat. Badan ni rasa sengal aje. Lepas amik anak-anak kat nursery aku singgah ke pasar malam jap beli dinner. Heheheheheh ibu berkerjaya la kononnya....hahahahhaha

Sampai ke rumah aku letak barang dan anak-anak dan terus mandi. Lepas mandi aku layan anak-anak makan dan buat kerja sekolah. Kemudian aku ternampak bakul baju...Allahu Akhbar! Tingginya baju tak berlipat. Lepas solat Maghrib aku terus tarikh bakul kain yang sarat dengan muatan tu ke tengah umah. Sesi melipat kain akan bermula!

Then si baby start kacau. Aku pun sound my other half untuk amik si baby. Dia amik kejap, pastu mata dia ngadap forum club superbike dia. Si baby kembali mengacau aku. Aku sound lagi. Kali ni dia senyap aje. Buat bodo la senang citer kan. Takkan nak sound lagi? dah 3 kali dah ni. 

Aku terus hangin. Aku simpan balik kain baju tu dan anak-anak tido. "Jom tido. Mampos mama korang nak buat semua kerja sorang-sorang"
Then aku terima sms "nape marah2?" ble?

Then berlakulah insiden berbalas-balas sms antara kami. Tak payahlah detail sangat kan sebab bahasa yang aku pakai dalam sms tu memang tak bertapis dan dah jatuh kategori 18XXXL!

Apa yang aku ralatkan ialah aku rasa dipergunakan aje. Takde sapa pun menghargai aku. Aku bukan mintak duit berjuta (tapi kalau ada tolongla kasi) tapi penghargaan itu boleh datang dalam macam-macam bentuk. 

Dalam perkahwinan adakah cuma isteri sahaja yang perlu bertanggungjawab atas segalanya? Kenapa mesti aku mencari rezeki dan membayar sebahagian perbelanjaan rumahtangga dan pada masa sama masih perlu membuat kerja-kerja rumah 100%? Aku ni apa sebenarnya?

Bibik tu pun kita bayar gaji dia, bagi makan minum pakaian belanja  perubatan dan juga top up hand phone. Status aku ni dah lebih teruk dari maid, aku bukan sahaja kena keluar umah bekerja menyara diri sendiri malah kena menyara keluarga juga. Bila balik rumah anak-anak adalah dalam tanggungjawab aku 100%. Baik dari segala segi. Akulah yang melayan karenan derang, akulah yang mesti memastikan pakaian derang dah dimasukkan dalam beg baju utk dihantar ke nursery, akulah juga yang perlu memastikan mereka cukup makan pakai dan juga belanja perubatan. 

SEGALANYA TERLETAK ATAS BAHU AKU!!!!

Aku penat sangat. Bukan aku tak bersyukur dengan apa yang aku ada atau aku tak bahagia. Aku bersyukur dan aku bahagia. Aku ada suami aku ada anak dan sedikit harta serta hutang yang bernilai ratusan ribu ringgit. Takkan tak bahagia? Mestilah bahagia.

Cuma aku terkilan kerana aku terasa dipergunakan sahaja untuk kepentingan orang lain. Aku tak rasa dihargai pun. Aku rasa begitu useless and hopeless. 

Adakah sukar untuk kita menunjukkan kasih sayang dan penghargaan kepada orang yang kita sayang? Tak kisahlah kepada suami, isteri, anak, ibu bapa kawan-kawan...yang penting kita ikhlas dalam sesuatu perhubungan. Kita tak sepatutnya mengambil kesempatan atas kebaikan atau kelemahan orang lain. Bukahkah kita sepatutnya saling sayang menyayangi dan bantu membantu?

Adakah aku bersalah bila aku bersuara?

Ya Allah kuatkanlah semangatku, teguhkanlah imanku...


Wednesday, May 19, 2010

Stanza Sekeping Hati

Selasa, petang jam 2 aku dipanggil big boss dan kena tiaw lebih 1 jam atas sebab-sebab yang tak dapat aku disclosekan dengan terperinci di sini. 

Apa yang aku bengangkan disebalik peristiwa itu ialah, sebagai pekerja bawahan / frontliner a.k.a back room, aku & seluruh kakitangan tertakluk kepada peruntukan arahan-arahan / undang-undang yang ada di 1 Malaysia ni. Buat kerja kalau tak ikut arahan mestilah salahkan? Itu normal. 

Tapi kalau kita dah buat kerja pun dan dah banyak improvement yang kita dah buat tapi yang dilihat hanya kerja kita yang belum dibuat dan kesalahan-kesalahan (yg kadangkala tak boleh jatuh bawah kategori kesalahan pun) maka apa akan jadi kakitangan tadi?

Jadi demotivated demoralized depress dan sakit hati. Adakah dengan cara itu productivity dapat ditingkatkan?
Aku paling kecewa sebab kata-kata big boss kepada aku & staff seolah-olah kami tak buat kerja. Padahal kami tunggang langgang buat keje sampaikan di saat orang lain berehat panjang di ari Jumaat kami masih buat kerja. Tak cukup kami ditekan oleh pelanggan, big boss pun beri tekanan. Jaga pelangan jaga pelanggan abis siapa jaga kami kakitangan? 

Ada sesapa ke mengambik tahu hal ehwal kami disini?

ADA SESAPA KESAH????

Aku sudah tahu!!!!!

Isnin, 18.5.2010. Aku bangun pagi badan aku rasa sakit-sakit. Aku tatau aku tido ke tidak malam tadi. Rasa cam tak tido pun ada. Ntahlah aku pun tak sure.

Paling terasa pedihnya di bahu dan belakang. Aduh!!! Aku rasa cam zombie je sepanjang hari tu. Petang sebaik sampai je umah aku rasa tangan kiri aku kebas. Ah sudah! Aku sms HM dan bagitau tangan kiri aku tetiba kebas.

"Akak tu tanda menda tu nak kuar tapi tak boleh. Kena pi jumpa pakcik saya utk keluarkan. Nanti kalau akak nak pi bagitau saya ye."

Menjelang maghrib makin kuat plak rasa kebas tu. Siku aku rasa cam ada menda sangkut. Berat je rasa tangan aku tu. Aku takleh tahan aku call HM dan bagitau dia yang aku nak menda tu dibuang malam ni jugak.

So lebih kurang pukul 10 malam aku di bawa berjumpa pakcik HM. 

Pembantu pakcik HM kemudian menjalankan kerjanya dan memaklumkan kepada aku bahawa ada orang menggunakan udang ketak (udang lipan gamaknya) dan sepit udang tu diikat dengan kain kuning dan dibengkokkan badan udang tu. Tu yang buat aku sakit belakang sejak kebelakangan ni. Pastu ada something yang dipanggang yang pembantu pakcik HM pun tatau apa menda dan menda yang dipanggang tu dah mengelembung. Tak cukup dengan itu, orang jahat itu cucuk pisau kat satu kubur lama. Tujuan dia buat semua tu adalah supaya hidup aku jadi susah, prestasi kerja aku menurun, anak-anak jadi tak sihat dan rumahtangga berpecah belah...

Ish! Aku mula rasa sakit hati.

"Sapa orang tu kak?" Aku tanya.

"Nama tak disebut cuma katanya orang ni dari P**** ****N"

Huh! Aku kenal sangat orang jahat tu! Tak sangka dia masih tak puas nak menjahanamkan hidup aku selepas apa yang dia buat pada aku dan keluarga aku! Bangsat ko pompuan! 

Aku rasa cam nak bunuh pompuan tu di saat dan tika itu! 

Aku sampai umah jam 12.30 malam dan dalam kepala dah terbayang keje-keje jahat yang aku nak buat pada pompuan jahanam tu. Geram betul aku. Apa lagi yang dia nak? Dia dah cukup banyak mendatangkan penderitaan pada aku sekeluarga. Aku tak ambik tindakan undang-undang pun dah cukup baik dah. Ikutkan perasaan marah memang aku nak cari betina tu dan belasah dia sampai mampos.

But deep down in my heart I know I'm not that kind of person. Aku bukan jenis nak menganiaya orang atau nak buat menda-menda mistik tahyul dan lagi menyesatkan. Buat seketika aku termenung dan mula memikirkan kenapa perkara ini berlaku dalam hidup aku.

Aku terima apa juga yang berlaku sebagai peringatan dari Allah kepada aku agar kembali mengingatiNya sebagaimana dituntut. Allah menjentik aku agar aku melihat kembali apa yang telah aku lakukan dalam perjalanan hidup aku menuju Akhirat. Apa yang telah aku lakukan untuk mendapatkan kerehdaanNya? Apakah pencapaian terbaik aku dalam mencari kerehdaanNya?

Aku sedar aku telah gagal dalam pencarian ini. Aku perlu berubah ke arah yang lebih baik dalam mencari kerehdaanNya. Ya Allah aku mohon keampunan Mu atas segala sikap bongkak ku selama ini. Aku telah mengabaikan suruhanMu, aku telah mengingkari perintahMu. Aku mohon diampunkan. Aku berjanji akan membuat perubahan dalam hidup untuk lebih dekat denganMu, menunaikan perintahMu dan suruhanMu.

Insyallah.

Amin....


Monday, May 17, 2010

Aku kena Dajal????

Ahad 16.5.2010 jam 10.30 pagi, aku terima call dari pengasuh anak aku HM (bukan nama sebenar...hhehheh kasi seram sket). 

"Assalamualaikum Akak" HM bersuara.

"W'alaikumsalam" Aku jawab.

"Akak ada dirumah ka? Boleh tak tenghari karang akak mai umah saya sat. Nak cakap sket la." 

"Boleh. Ada apa?"
"Pasal ubat Mukhliez hari tu. Ada menda saya nak kena explain. Tapi sekarang saya kat luar, on the way nak balik umah ni. Nanti dah sampai umah saya sms akak ye" Kata HM lagi. 

"Ok. Tq"

Kata-kata HM tu sedikit mendebarkan. Apa pulak kesnya ni. Tengahari tu lepas makan aku terima sms dari HM yang bagitau dia dah sampai umah.

Aku pun bergegas la kerumahnya yang jaraknya sepelaung aje jauhnya...

"Akak, saya nak cakap ni tak taulah akak nak percaya atau tak. Saya tolong sampaikan aja" Kata HM

"Ye lah. Apa dia" Aku tanya.

"Sebenarnya yang akak dok sakit & anak-anak dok demam tak kebah tu sebab ada orang sengaja hantar menda supaya jadi camtu. Orang yang hantar tu nak prestasi keje akak jadi kucar kacir sebab kalut jaga anak-anak yang sakit. Saya dah mintak tolong pakcik saya buatkan air ni. Akak kena mandi kat tempat terbuka. Tak boleh ada bumbung tau" kata HM dengan panjang lebar.

Tersentak jap aku. Apa ke bendanya semua ni? Sapa pulak yang nak berdengki iri dengan aku kat opis tu? 

"Kalau saya nak tahu sapa yang hantar tu boleh tak?" aku tanya. Aku mula panas. Menyirap darah rasanya. 

"Boleh. Tapi akak kena pi jumpa pakcik saya tu. Nanti dia akan bagi sirih akak boleh tau sapa yang hantar" kata HM. Kata HM disebabkan dia suruh aku berubat kampung aritu dia pun diserang menda tak guna tu semata-mata sebab suruh aku pi berubat kampung. Macam tu pun ada.

"Kena mandi satu keluarga ye kak." Kata HM. Aku mula pening. Aku ni duduk apartment. Ruang terbuka sama ada parking lot atau kolam renang ajelah. Huh!!!!!  Kat mana pulak aku nak mandi satu keluarga ni????

Malamnya aku round-round kat area kolam tu tengok punyalah ramai orang. Arghhhh!!! Camana nak mandi ni? 

Aku call HM "Saya tak tau la nak mandi kat mana ni. Kolam penuh orang"

"Mai mandi kat umah saya aja. Sini takde orang" Cantekkkkk!!!!

Maka, di waktu malam jam 9.00 aku sekeluarga pergi ke rumah HM dan bermulala upacara membuang apa-apa yang patut dibuang. 

Masa aku mandikan anak-anak aku, hujan start turun. Disulami pekikan kilat sabung menyabung. Masa aku pula yang mandi tetiba je angin bertiup kencang sampai bergoyang-goyang pagar umah HM. Seram sejuk jugak aku. Hujan renyai je. Tapi angin punyalah kuat. Aku wat bodo aje.

Lepas tu suami aku plak. Pun sama, angin masih bertiup kencang. Selesai upacara aku masuk dalam umah HM tukar baju. Lepas minum air, kami pun balik umah. Masa tu dah pukul 10.15 malam. Aku terus tidurkan anak-anak. Lepas solat Isyak aku pun baring. Mata tak boleh nak lelap. 

Tapi tak puas tido. Aku tatau nak describe. Aku tak puas tido walaupun aku tido. Rasa cam tak tido. Huh!!!! Apa punya ayat ni!

Pagi aku bangun badan aku terutamanya bahu dan belakang rasa sakit. Aku rasa sakit satu badan. HM kata aku kena jumpa pakcik dia utk pakcik dia tarik menda tu keluar. Aduhhhh!!! Suami aku nak pi Melaka plak ada kes bicara kat sana. Masa bila aku nak pegi ni....Lastnya kami decide nak pegi hujung minggu ni....

Disebalik kisah seram ni, aku terkilan sebab dalam zaman sains & teknologi ni masih ada orang yang mahu buat kerja-kerja kotor ni. Maksud aku nak mendajalkan orang dengan cara halus. At the end, aku tetap dinaikkan pangkat. Apa masalah mangkuk tu anyway?

Kalau ada yang tak puas hati kenapa tak nak cakap berdepan. Kenapa mesti santau menyantau ni? Kalau ko nak sangat tempat aku sila cakap. Aku dengan suka hati dan gembiranya akan menyerahkan kepada ko. Buat apa nak menghantar hantu setan ni semua? Sungguh tidak profesional! 

Aku nak kata tak nak percaya, aku rasa sakitnya. Anak-anak aku pun sakit dibuatnya! Memang susah nak cakap.

What ever it is, aku nasihatkan kawan-kawan dan jugak lawan, tolong bersikap adil dan be professional. Nak bersaing pun biarlah secara sportif dong....

Jangan main santet segala!!!!!!!!


Gambar di atas adalah untuk orang yang cuba mendajalkan aku....memang ko terkutuk.

Sunday, May 16, 2010

Terkena lagi aku....

Dah 2 minggu lebih aku dan anak-anak terkurung je kat umah. Biasalah hubby sibuk dengan kelab moto dia. Kebetulan anak teruna aku pun tak sihat. 

Minggu ni duduk umah lagi. Ntahlah. Kekadang aku rasa bosan. Aktiviti aku hanya berkisar sekitar rumahtangga dan anak-anak. Takde yang lain. Aktiviti dengan kawan-kawan? Takde. Hobi? Takde. Aktiviti manjakan diri? Zero.

Aku pun tatau nak cakap la. Rasa tak berguna pun ada. Rasa dipergunakan pun ada. Rasa cam sial pun ada. Ntahlah. Macam-macam yang aku rasa. Pi mai pi mai tak tu jugak. Kononnya arini nak pi tengok dapur. Ada sale kat kilang produk tu. Janjinya tenghari balik. Alih-alih sampai kol 4 petang pun tak nampak lagi batang hidung. Sale tutup kol 5. Arini last day.

Memang best aku dikenakan. Bila aku merajuk tetiba kuar isu bajet takde, duit tak cukup. FINE! Aku pun dah malas nak bertekak. Tak payah beli la dapur. Pakai ajelah dapur yang dok ada tu. Patah hatiku. Takde perkataan yang menggambarkan kelukaan hati. Dah takde hati dah rasanya dalam badan ni. Lantaklah.

Bukan pasal tak dapat pi sale tu yang aku ralatkan sangat. Tapi sebab mungkir janji tu yang aku terasa sangat-sangat. Dan yang paling sakit hati ini bukan kali pertama. Dah banyak kali sampai tak terhitung dah aku. Ni la kata pepatah...dah bagi betis nak peha...nasib nasib...


Patahlah hati.....membawa derita....
Related Posts with Thumbnails